Dewan Rakyat Lulus Rang Undang-Undang Perbekalan 2017 Peringkat Dasar

Diterbitkan: Isnin, 7 November 2016 11:29 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat pada Isnin meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 di peringkat dasar dengan mendapat jumlah undi yang besar daripada anggota Parlimen.

Rang undang-undang itu yang diluluskan melalui undian belah bahagian menyaksikan sebanyak 117 anggota Parlimen menyokong rang undang-undang itu berbanding 70 yang menolak manakala 11 lagi tidak mengundi.

Keputusan itu diumumkan oleh Yang DiPertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Rang undang-undang itu yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 21 Oktober lepas, dibahaskan selama enam hari bermula 24 Oktober lalu sebelum digulung di peringkat kementerian selama tiga hari dan diluluskan di peringkat dasar hari ini.

Rang undang-undang yang bertujuan memperuntukkan sejumlah RM260.8 bilion  untuk perbelanjaan kerajaan pada 2017 itu dijadual akan dibahaskan di peringkat jawatankuasa bermula esok.

Persidangan Dewan bersambung esok.

Tags / Kata Kunci: RUU Perbekalan 2017 , Dewan Rakyat

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan