Kumpulan AirAsia Berpindah Ke Pejabat Korporat Baharu

Diterbitkan: Isnin, 7 November 2016 9:26 PM

RedQ, singkatan untuk RedQuarters, meliputi kawasan seluas 18,000 meter persegi dan mampu menempatkan sehingga 2,000 AirAsia Allstars (kakitangan).

(Ubah saiz teks)

SEPANG: AirAsia dan kakitangan AirAsia X secara rasmi telah berpindah ke pangkalan korporat baharunya, RedQ, yang terletak bersebelahan KLIA2, pagi Isnin.

RedQ, singkatan untuk RedQuarters, meliputi kawasan seluas 18,000 meter persegi dan mampu menempatkan sehingga 2,000 AirAsia Allstars (kakitangan). Pembinaan RedQ bermula pada Disember 2014.

AirAsia dalam satu kenyataan berkata reka bentuk pejabat korporat baharu ini mencerminkan keazaman kumpulan syarikat penerbangan itu untuk menjadi syarikat penerbangan nombor satu di Malaysia dan di seluruh rantau ini dengan gabungan ciri-ciri yang mempamerkan sikap mesra, keseronokan dan profesionalnya.
  
Pengerusi Eksekutif AirAsia Bhd Datuk Kamarudin Meranun, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia X Bhd, bersama-sama dengan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes, Pengerusi AirAsia X Tan Sri Rafidah Aziz, CEO AirAsia Bhd Aireen Omar, CEO AirAsia X Benyamin Ismail, dan ahli lembaga pengarah masing-masing hadir untuk mengalu-alukan kakitangan ke dalam bangunan baharu.

Pejabat korporat AirAsia telah berpangkalan di Lapangan Terbang Subang ketika ia ditubuhkan pada tahun 2001, dan berpindah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebelum KLIA2.

AirAsia dan kakitangan AirAsia X telah terlibat dalam proses menamakan pejabat korporat baharu di mana sejumlah 1,300 Allstars telah mengambil bahagian dalam pertandingan untuk menamakan bangunan berkenaan.

RedQ telah dipilih sebagai pemenang, di mana ia telah dikemukakan oleh seorang anak kapal kabin AirAsia X, January Ann Baysa dari Filipina.


Tags / Kata Kunci: RedQ , AirAsia , pejabat korporat

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan