Hampir 150 Doktor Pakar Letak Jawatan Setiap Tahun - Dr Hilmi

Diterbitkan: Isnin, 7 November 2016 2:17 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hampir 150 doktor pakar yang bekerja dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meletakkan jawatan setiap tahun sejak enam tahun lepas, Dewan Rakyat diberitahu pada Isnin.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, daripada Januari hingga September tahun ini, 128 doktor pakar telah meletakkan jawatan, manakala 124 orang mengambil langkah yang sama tahun lepas.

"Unjuran sejak enam tahun lepas masalah doktor pakar yang meletakkan jawatan adalah hampir 150 orang setahun, kita terus kehilangan mereka menyebabkan antara faktor kurangnya doktor pakar," katanya menjawab soalan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN-Tanah Merah) pada sesi soal jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Isnin.

Ikmal Hisham ingin tahu keseriusan masalah kekurangan doktor pakar di negara ini dan sama ada Malaysia mampu mencapai sasaran nisbah satu doktor kepada 400 pesakit menjelang 2020.

Hilmi berkata, antara penyebab doktor pakar meletakkan jawatan ialah mereka menunggu terlalu lama untuk dinaikkan pangkat.

Katanya doktor pakar gred U53 dan U54 didapati paling ramai meletakkan jawatan apabila terpaksa menunggu sehingga 10 tahun untuk dinaikkan pangkat.

"Sehubungan itu kita sedang melakukan pelbagai langkah untuk memastikan mereka kekal dengan memperkenalkan satu lapis gred iaitu Gred 56 yang masih lagi dalam perincian Jabatan Perkhidmatan Awam," katanya.

Selain itu, katanya faktor pendapatan pakar di hospital kerajaan yang lebih rendah berbanding hospital swasta juga antara perkara yang diberi perhatian oleh kerajaan iaitu dengan memperluaskan polisi 'Pesakit Bayar Penuh' di hospital KKM untuk membantu pakar menambah pendapatan mereka.

Beliau turut memaklumkan sehingga Sept tahun ini terdapat lebih 4,000 doktor pakar berkhidmat dengan KKM dalam pelbagai bidang kepakaran.

"Walaupun terdapat peningkatan bilangan doktor pakar saban tahun, namun kita kekurangan doktor pakar selaras peningkatan penduduk, beban penyakit dan sebagainya," katanya.-- Bernama


iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan