Pencemaran Sungai Semenyih Dirujuk Ke Jabatan Peguam Negara

Diterbitkan: Ahad, 6 November 2016 8:00 AM

Sungai Semenyih yang kelihatan dekat Kampung Pasir di Semenyih.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kertas siasatan berhubung kes pencemaran ammonia di Sungai Semenyih akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Katanya, penasihat undang-undang kementerian akan mengemukakan kertas siasatan tersebut kepada jabatan itu untuk tindakan seterusnya.

Sebelum ini, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) melengkapkan kertas siasatan tersebut bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap kilang yang mencemarkan Sungai Semenyih.

Pencemaran Sungai Semenyih menyebabkan penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih sehingga menjejaskan bekalan air kepada lebih sejuta penduduk di daerah Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling dan Sepang.

Mengenai dakwaan pencemaran Sungai Buah di Nilai, Negeri Sembilan, sehingga menyebabkan operasi LRA Semenyih tergendala, Wan Junaidi berkata siasatan bersepadu sedang dijalankan.

Beliau berkata kerja-kerja pembaikan benteng yang telah pecah sedang dilakukan bagi menghalang aliran Sungai Buah yang disyaki tercemar ke Sungai Semenyih.

"Sebanyak tiga lagi benteng akan dibina dan air akan dilepaskan melalui bukaan kecil di benteng pertama dan akan mengalir secara limpahan melalui benteng seterusnya," katanya dalam kenyataan di sini, malam Sabtu.

Beliau juga berkata pemantauan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca pencemaran bau air mentah dari Sungai Sematan di Bentong, Pahang.

Katanya siasatan juga dijalankan terhadap premis-premis berdekatan sungai tersebut yang disyaki melakukan pelepasan kilang ke sungai itu sehingga menyebabkan penutupan LRA Langat dan Cheras.

"Bagi jangka masa panjang pula, pihak pengusaha loji perlu menyediakan alternatif sumber air mentah seperti menyediakan kawasan penyimpanan secukupnya yang boleh digunakan apabila berlaku kecemasan selaras dengan Dasar Sumber Air Negara," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan