Sultan Ibrahim Ziarah Makam Diraja Sempena Hari Hol

Diterbitkan: Ahad, 6 November 2016 1:34 PM

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menabur bunga ke atas makam ayahandanya Almarhum Sultan Iskandar di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah sempena Hari Hol pada Ahad. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menziarahi makam anggota kerabat diraja Johor di Makam Diraja Mahmoodiah, Jalan Mahmoodiah, dekat sini, bersempena Hari Hol pada Ahad.

Baginda tiba di perkarangan makam tersebut pada kira-kira 8.55 pagi dan disambut oleh Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Sultan Ibrahim, Tunku Bendahara Johor Tunku Abdul Majid Sultan Iskandar dan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ismail Karim, Speaker Dewan Undangan Negeri Tan Sri Mohamad Aziz, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, kalangan anggota Exco kerajaan negeri, Anggota Dewan Undangan Negeri Johor, anggota Parlimen, pegawai daerah dan pegawai kanan kerajaan.

Sultan Ibrahim memulakan upacara dengan menziarahi makam ayahanda baginda, Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail yang mangkat pada 22 Jan 2010, pada usia 77 tahun.

Baginda kemudiannya menziarahi makam anakanda baginda, Tunku Laksamana Johor Almarhum Tunku Abdul Jalil, yang mangkat pada 5 Dis 2015 akibat kanser hati pada usia 25 tahun.

Sultan Ibrahim dilihat sebak dan mengesat air mata ketika menyirami air mawar di makam kedua-dua almarhum sebelum doa dibacakan.

Baginda meluangkan masa kira-kira 15 minit untuk menziarahi semua makam  anggota kerabat diraja Johor di Makam Diraja termasuk makam nenda baginda Almarhum Sultan Ismail Sultan Ibrahim dan Almarhum Sultanah Aminah Ungku Ahmad dan moyang baginda Almarhum Sultan Ibrahim.

Mufti Negeri Johor Datuk Tahrir Samsudin mengetuai bacaan doa di setiap makam yang diziarahi.

Hari Hol adalah acara keagamaan bersempena memperingati kemangkatan Almarhum Sultan-Sultan Johor yang telah diamalkan sejak tahun 1896 dan hari tersebut adalah cuti umum negeri Johor.

Amalan tradisi utama hari berkenaan adalah berkunjung ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, dengan Sultan Johor akan mengetuai anggota kerabat lelaki yang terdekat untuk menziarahi makam anggota kerabat Diraja Johor.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan