Pemuda MCA: Ambil Tindakan Penganjur Himpunan Haram

Diterbitkan: Ahad, 6 November 2016 4:58 PM

Chong Sin Woon.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Protes yang diadakan secara besar-besaran tidak boleh dipandang ringan kerana ia boleh bertukar menjadi rusuhan kaum atau agama, kata Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon.

Beliau menggesa polis supaya mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar undang-undang dengan menganjurkan perhimpunan seumpama itu.

Sin Woon berkata demikian bagi merujuk bantahan kumpulan Baju Merah terhadap Malaysiakini pada Sabtu, yang menuntut portal berita itu memberi penjelasan berhubung dananya daripada Yayasan Masyarakat Terbuka oleh George Soros.

"Kita menghargai keamanan dan kestabilan yang dimiki sekarang, dan perhimpunan seperti itu boleh bertukar menjadi rusuhan.

"Oleh itu, saya berharap polis akan mengambil tindakan terhadap mana-mana parti yang menganjurkan perhimpunan haram," katanya kepada pemberita selepas merasmikan aplikasi "We Love Pudu" di sini, Ahad.

"We Love Pudu" merupakan aplikasi oleh Gereja 'First Assembly of God' bagi memperkenalkan tempat-tempat menarik, makanan tempatan dan projek komuniti lain di kawasan Pudu.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan