Keluarga Mangsa Jentera Tumbang Saman Syarikat Pembinaan

Diterbitkan: Ahad, 6 November 2016 10:53 AM

Kehilangan tragis: Mohamad Zahidin dan keluarga bersedia untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang bertanggungjawab ke atas kematian ayah dan ibu tirinya.

(Ubah saiz teks)

KLANG: Keluarga mangsa yang maut selepas dihempap kren cerucuk besi mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat pembinaan yang cuai hingga menyebabkan dua ahli keluarga mereka terbunuh.

Anak sulung mangsa, Mohamad Zahidin Abd Rahim, 32 berkata, keluarganya akan melantik seorang peguam untuk membawa perkara ini ke muka pengadilan.

"Kami sekeluarga telah duduk berbincang dan bersetuju untuk menyaman mana-mana pihak yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap keselamatan di tapak pembinaan terbabit.

"Kami mahu hukuman setimpal dikenakan terhadap mereka sebagai pengajaran kepada pemaju projek pembinaan lain yang tidak mengambil berat soal keselamatan di tapak pembinaan," katanya.

Bapa Zahidin, Abd Rahim Abd Rahman, 51, dan isterinya, Nurhayati Rosli, 46, yang merupakan warga Indonesia, maut apabila kereta yang mereka naiki dihempap jentera cerucuk besi yang tumbang ketika melalui kawasan tapak pembinaan berkenaan kira-kira pukul 12.30 tengah hari, Jumaat.

Siasatan awal Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor mendapati jentera cerucuk besi berkenaan diletakkan pada permukaan tanah yang tidak rata dan menyebabkan ia tumbang.

Mohamad Zahidin dan keluarga bagaimanapun menerima ia sebagai takdir, namun akan memastikan pihak bertanggungjawab tidak terlepas dari hukuman.

Insiden itu berlaku di sebelah tapak pembinaan Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (LPPB) yang akan menghubungkan Teluk Intan, Perak dengan Banting, Selangor adalah di bawah kendalian syarikat konsesi WCE Sdn. Bhd.

Syarikat itu dalam kenyataannya pada Jumaat mengesahkan kren cerucuk besi telah tumbang dan menghempap sebuah kereta yang lalu di Persiaran Astana, Jumaat lalu adalah miliknya.

Syarikat itu juga akan memberi kerjasama dengan pihak berkuasa dalam menjalankan siasatan berhubung insiden berkenaan.

Tags / Kata Kunci: jentera besi , LPPB , WCE Sdn Bhd

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan