Henti Viral Tidak Benar Tentang Kesihatan Ustaz Kazim

Diterbitkan: Ahad, 6 November 2016 3:33 PM

Ustaz Mohd Kazim Elias.

(Ubah saiz teks)

IPOH: Keluarga Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias meminta agar semua pihak menghentikan perbuatan menyebarkan berita tidak benar mengenai keadaan kesihatan penceramah bebas itu.

Abangnya, Datuk Mohd Najmuddin berkata sebagai anggota keluarga terdekat mereka berasa kecewa apabila ada pihak yang mendakwa adiknya terkena sihir, sedang nazak dan sudah kembali ke rahmatuallah.

"Viral tersebut menjadi bualan di media sosial, ini adalah sesuatu yang sensitif dan tidak boleh diterima oleh pihak keluarga," katanya kepada pemberita di Pusat Islam Al-Barakah di Manjoi di sini, Ahad.

Ustaz Kazim dimasukkan ke sebuah hospital swasta di sini, kira-kira pukul 8 pagi Sabtu, setelah mengadu kepenatan selepas baru pulang dari menyampaikan ceramah di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang.

Katanya tindakan beliau mengadakan sidang media itu adalah untyuk memaklumkan tentang perkembangan kesihatan Ustaz Kazim kepada peminatnya agar ia tidak bercanggah dan bukan untuk menunjuk-nunjuk.

"Peminat Ustaz Kazim di seluruh Malaysia dan dunia ingin mengetahui perkembangan Ustaz Kazim, ini (sidang media) adalah yang terbaik kita lakukan supaya tidak ada sumber yang bercanggah," jelasnya.

Mengenai perkembangan kesihatan Ustaz Kazim, Mohd Najmuddin berkata adiknya kini berada dalam keadaan stabil dan pada pukul 12.20 tengah hari Ahad.

Katanya, Ustaz Kazim akan menjalani pemeriksaan endoskopi untuk mengetahui punca sebenar sakit perut yang dialami.

"Keputusan pemeriksaan itu akan diberitahu oleh pakar perubatan petang ini," katanya sambil menambah Ustaz Kazim meminta semua pihak bertenang dan tidak panik.

Menurutnya, buat sementara waktu hanya keluarga terdekat sahaja yang dibenarkan untuk melawat Ustaz Kazim di hospital tersebut.

Dalam pada itu, Mohd Najmuddin berkata beliau akan menggantikan tempat Ustaz Kazim dalam menyampaikan ceramah yang telah ditetapkan oleh penganjur sehingga adiknya sembuh seperti sedia kala.

"Saya akan berbincang dengan pihak hospital dan Ustaz Kazim sendiri berapa lama dia akan berehat," katanya yang juga akan menggantikan adiknya dalam menyampaikan ceramah di Dewan Serbaguna di Tronoh dekat sini, malam Ahad.

Pada Februari lalu, Ustaz Kazim di masukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian selepas mengadu penat dan sakit dada ketika sedang berceramah di perkarangan bangunan Pertubuhan Peladang Kawasan Sri Gunong, Bachok di Kelantan.

Beliau yang disahkan mengalami serangan jantung, mendapat rawatan susulan di Hospital Pakar KPJ Ipoh selama seminggu dan dinasihatkan berehat selama tiga bulan sebelum aktif semula berceramah. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Ustaz Kazim

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan