Hillary Clinton Pilihan Rakyat Malaysia -Tinjauan

Diterbitkan: Sabtu, 5 November 2016 7:01 PM

Hillary Clinton (kanan) ketika bertemu dengan penyokongnya.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketika rakyat Amerika Syarikat masih belum membuat keputusan tentang siapakah yang patut mereka pilih sebagai presiden negara mereka, kebanyakan rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan pilihan raya presiden negara itu didapati menyokong Hillary Clinton.

Kaji selidik KAJIDATA Research dalam kalangan rakyat Malaysia mendapati 86.8 peratus responden berpendapat Clinton daripada parti Demokrat merupakan pilihan lebih baik bagi Amerika Syarikat berbanding calon Republikan, Donald Trump.

Kaji selidik itu juga mendapati 59 peratus daripada responden mengikuti perkembangan pilihan raya presiden Amerika Syarikat itu, tetapi daripada jumlah itu, hanya sekumpulan kecil mengikutinya secara rapat, manakala selebihnya, hanya secara sepintas lalu.

Penasihat KAJIDATA, Prof Datuk Seri Dr Syed Arabi Idid ketika membuat tafsiran tentang keputusan kaji selidik berkenaan berkata pilihan responden itu menunjukkan rakyat Malaysia amat menyedari tentang kesan daripada pemilihan presiden baharu Amerika Syarikat terhadap rantau ini dan Malaysia.

Hasil kaji selidik itu juga menunjukkan bahawa rakyat Malaysia secara umumnya mengikuti perkembangan dunia, kata ahli akademik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu.

Persaingan antara Clinton dan Trump amat sengit ketika rakyat Amerika bersiap sedia untuk mengundi Selasa depan (8 November). Kedua-dua calon itu dilanda kontroversi dalam persaingan menuju ke Rumah Putih dan setakat ini, tiada siapa yang kelihatan mempunyai kelebihan.

Tinjauan pendapat melalui telefon dari 24 Okt hingga 3 Nov 2016 itu, yang melibatkan 848 responden, bertujuan mengukur sejauh mana rakyat Malaysia berminat dengan politik luar negara.

Responden dipilih berdasarkan pensampelan tersrata secara rawak mengikut etnik, gender, usia dan negeri. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan