Gelombang Kedua Air Pasang Ancam 4,000 Rumah

Diterbitkan: Sabtu, 5 November 2016 9:31 PM

Gambar Hiasan

(Ubah saiz teks)

KUALA PERLIS: Para pemilik lebih 4,000 buah rumah di muara sungai dan sepanjang pantai di negeri ini dijangka bakal berdepan fenomena air pasang besar kali kedua pada pada 14 hingga 17 November ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Mat Hassan menasihatkan penduduk terutama para nelayan supaya waspada tentang perkembangan cuaca dan keadaan laut.

Fenomena serupa telah melanda penduduk kawasan itu pada 17 hingga 21 Oktober lalu, bagaimanapun tidak banyak kerosakan dan kerugian harta benda dialami.

"Antara pendekatan yang perlu dilakukan ialah menyediakan tempat khas yang agak tinggi untuk menempatkan barang-barang penting dan berharga jika rumah mereka dimasuki air pasang besar.

"Penduduk terbabit juga dinasihat agar mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa termasuk berpindah ke tempat lebih selamat jika perlu bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini," katanya kepada Bernama pada Sabtu.

Mat yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kuala Perlis berkata pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) turut bersiap siaga di kawasan terbabit iaitu sepanjang 20 kilometer di pesisir pantai dari Kuala Perlis ke Kuala Sanglang termasuk Kuala Sungai Baru dan Kuala Sungai Padang.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Perlis Selatan, Romly Sabu memberitahu, kira-kira 2,000 nelayan di negeri agar mengutamakan keselamatan diri dengan mengelak dari menjalankan aktiviti menangkap hasil laut pada waktu tersebut.

"Lazimnya memang terdapat banyak udang dan ketam semasa air pasang besar, bagaimanapun para nelayan terutama yang menggunakan sampan atau bot kecil tidak terlalu ghairah untuk membuat tangkapan kerana nyawa mereka lebih berharga," katanya.

Tags / Kata Kunci: Air Pasang

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan