Najib Tak Jual Negara Kepada China - Annuar

Diterbitkan: Sabtu, 5 November 2016 8:01 AM

Annuar Musa ketika hadir merasmikan majlis jelajah pemimpin bersama akar umbi penerangan Umno negeri Kelantan di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan di Padang Kala. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mencipta sejarah hubungan diplomatik yang lebih besar antara Malaysia dan China, dan bukannya menggadai negara ini, kata Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata kerjasama strategik kedua negara itu akan membuahkan impak yang sangat besar termasuk dalam bidang ekonomi dan perdagangan Malaysia.

"Perdana Menteri berjaya untuk bersama negara China dalam melaksanakan dasar One Belt One Road dan Maritime Silk Road, ini satu polisi yang mempunyai impak kepada ekonomi dan perdagangan global yang sangat besar.

Negara kita paling awal berada dalam kerangka One Belt One Road dan Maritime Silk Road yang dilaksanakan oleh sebuah kuasa ekonomi besar," katanya kepada pemberita pada Program Siri Jelajah Penerangan Umno Malaysia di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan di sini malam ini.

Najib hari ini menyelar pihak yang menyebarkan cerita untuk menakut-nakutkan rakyat negara ini kononnya Malaysia sedang dijual melalui pelbagai perjanjian perniagaan bernilai lebih RM143 bilion yang ditandatangani dengan China semasa lawatan seminggu beliau ke negara itu.

Annuar berkata usaha Najib meningkatkan hubungan Kuala Lumpur-Beijing itu wajar dialu-alukan semua pihak kerana tidak banyak negara mendapat peluang sedemikian.

"Dakwaan menggadai negara tidak benar, sejak bila pula perdagangan dua negara bererti menggadai negara?

Perdagangan negara kita dengan negara China sudah berlaku sejak beratus tahun lamanya...tidak pula tergadai negara kita. Adakah kerana kita melaksanakan pembangunan tertentu, bermakna kita menjual negara?," kata Annuar yang juga Anggota Parlimen Ketereh.

Ditanya mengenai organisasi yang didakwa menerima dana daripada hartawan George Soros, Annuar menyerahkan perkara itu kepada proses undang-undang.

Bagaimanapun, beliau mahu rakyat sedar sudah berlaku pembabitan pihak luar yang cuba meraih keuntungan sedangkan yang rugi ialah rakyat dan negara.

Annuar juga berkata seluruh jentera penerangan UMNO akan diperkasa bagi melaksanakan program penerangan lebih berkesan supaya rakyat tidak dikelirukan  pihak tertentu.

Tags / Kata Kunci: Annuar Musa , Najib Tun Razak , Umno

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan