Mustahil Orang Luar Kawal Malaysiakini - Ketua Pengarang

Diterbitkan: Sabtu, 5 November 2016 8:51 PM

Penunjuk peasaan Baju Merah membawa poster yang menunjukkan AZMAN GHANI / The Star

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini Steven Gan berkata, adalah sesuatu yang mustahil untuk portal berita itu dikawal atau dipengaruhi oleh orang luar.

Gan berkata agensi itu telah dikawal sepenuhnya oleh wartawan dan editornya, bukan pelabur atau orang luar seperti yang didakwa pemimpin Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos.

“Anda boleh tanya setiap orang wartawan di sini. Saya sendiri mendapati sukar untuk mengawal polisi editorial. Mereka yang putuskan apa yang mahu dilaporkan.

“Mustahil sama sekali untuk orang luar atau pemegang saham Malaysiakini mempengaruhi editorial kami. Kami bermesyuarat setiap hari dan semua wartawan serta editor akan menentukan apa laporan yang ingin dibuat dan susulan ke atasnya,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan Baju Merah yang diadakan di luar bangunan pejabatnya bersurai.

Beliau mengulas dakwaan Jamal bahawa Malaysiakini tidak melaporkan berita secara bebas dan tunduk kepada kehendak jutawan George Soros apabila menerima dana daripada Open Society Foundation (OSF) yang diasaskannya.

Steven Gan

Gan menambah, walaupun Dana Pelaburan Pembangunan Media (MDIF) memiliki 29 peratus daripada Malaysiakini, ia tidak mempunyai suara dalam dasar editorial laman web itu.

“Ketika menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memulakan modal pelaburan 10 tahun lalu, kedua-dua pihak bersetuju MDIF tidak mempunyai suara dalam editorialnya,” katanya.

Mengenai tuntutan Baju Merah yang mahu kerajaan menutup operasi Malaysiakini, Gan berkata tidak ada undang-undang yang membolehkan ia dilakukan.

“Saya hormati Baju Merah. Mereka mempunyai hak untuk protes secara aman. Mereka juga berhak untuk suarakan apa yang mereka rasakan.

“Jamal boleh berkata apa-apa sahaja tetapi saya tak rasa terdapat mana-mana undang-undang yang membolehkan kerajaan menutup kami (Malaysiakini),” katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan