Laporan Terkini Himpunan Baju Merah: Berakhir Dengan Aman

Diterbitkan: Sabtu, 5 November 2016 1:00 PM

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

HIMPUNAN Gerakan Merah versi 2.0 pada Sabtu diadakan di hadapan pejabat portal berita Malaysiakini di Jalan Tandang, Petaling Jaya.

Pengerusi Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia (GNGMM), Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata himpunan Selangkah Menuju Ke Himpunan Raksasa 19 November, Mendepani Bersih 5 itu akan mula berkumpul di lokasi tersebut pada pukul 2 petang.

Himpunan yang dikenali sebagai 'baju merah' ini diadakan bagi menuntut penjelasan daripada portal Malaysiakini berhubung sumber kewangan mereka yang didakwa diperolehi daripada Open Society Foundation (OSF) yang dikaitkan dengan jutawan George Soros.

Pada Khamis, Jamal bersama kira-kira 100 penyokongnya telah hadir ke pejabat Malaysiakini dan disambut mesra oleh Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini Steven Gan, Ketua pengarang RK Anand dan pengarang Bahasa Melayu Jimadie Shah Othman.

Jamal berkata beliau berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan bahawa mereka menerima dana daripada OSF.

Berikut adalah laporan perkembangan terkini himpunan Baju Merah dari Jalan Tandang, Petaling Jaya.

4.30 ptg: Peserta baju merah bersurai sepenuhnya

4.25 ptg: Perhimpunan bersurai secara aman

4.20 ptg: Sidang media diadakan 

4.15 ptg: Jamal keluar dari perkarangan pejabat Malaysiakini                        



4.08 ptg: Jamal bersama dua lagi peserta diberi pelepasan dan dapat melepasi halangan FRU. Beliau masuk dan berbincang dengan pihak polis.

4 ptg: Kumpulan Baju Merah tiba di hadapan pejabat Malaysiakini tetapi bangunan itu dikawal ketat oleh anggota FRU.

Jamal mendesak pihak pengurusan tertinggi Malaysiakini supaya keluar dari pejabat dan bertemu dengan kumpulan Baju Merah.

3.50 ptg: Jamal dan peserta berarak ke pintu masuk pejabat Malaysiakini.

3.45 ptg: Jamal menyampaikan ucapan kepada peserta. Katanya himpunan hari ini merupakan amaran awal kepada Bersih dan Malaysiakini.

3.40 ptg: Peserta Baju Merah pamer kekuatan fizikal selain melaungkan amaran kepada Bersih.

3.36 ptg: Video George Soros dipertontonkan kepada peserta.


3.30 ptg: Jamal akhirnya tiba di Jalan Tandang.

3.27 ptg: Wakil peserta mengumumkan bahawa Jamal ditahan seketika oleh pihak polis ketika dalam perjalanan ke prjabat Malaysiakini. Beliau telah dilepaskan dan sedang menuju ke Jalan tandang

3.10 ptg: Wakil penganjur mengumumkan bahawa Jamal akan tiba bila-bila masa sahaja.



2.50: Wakil kumpulan memberikan ucapan kepada semua peserta. Mereka menyatakan tujuan perhimpunan diadakan iaitu menuntut Malaysiakini ditutup dan mahu menghapuskan kumpulan Bersih

2.45 ptg: Perserta himpunan bertambah ramai.

2.30 ptg: Peserta perhimpunan masih menunggu ketibaan Pengerusi Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia Datuk Seri Jamal Md Yunos.


2.10 ptg: Peserta himpunan Baju Merah mula mula berarak ke pejabat Malaysiakini.

2.00 ptg: Lori membawa sistem audio dan pembesar suara tiba. Kerja-kerja pemasangan dilakukan di hadapan pejabat Malaysiakini.

1.55 ptg: Beberapa wakil kumpulan Baju Merah berbincang sesuatu dengan pihak polis di jalan menuju pintu masuk pejabat Malaysiakini.


1.47 ptg: Sebahagian peserta Baju Merah bersantai menikmati makanan tengah hari yang disediakan penganjur.

1.45 ptg: Penyokong Baju Merah semakin ramai. Mereka dibawa ke satu tempat untuk berhimpun.

1.44 ptg: Satu letupan bunyi mercun kedengaran. Tidak dapat dipastikan ia dilakukan oleh siapa. Keadaan masih tenang dan terkawal.


1.30ptg: Penyokong Gerakan Baju Merah mula kelihatan.


1.20 ptg: Suasana di Jalan Tandang menuju ke pejabat Malaysiakini tenang. Anggota polis dan Unit Tindakan Khas sudah menunggu untuk mengawal keadaan walaupun dalam keadaan hujan rintik.






iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan