Tunggakan Bil Pembetungan IWK Cecah RM450 Juta

Diterbitkan: Sabtu, 5 November 2016 5:08 PM

GAMBAR HIASAN

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tunggakan bil pembetungan Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) melibatkan pelanggan domestik sejak 1994 sehingga Oktober tahun ini telah mencecah RM450 juta.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Ir Abdul Kadir Mohd Din berkata walaupun kadar bil dikenakan serendah RM8 sebulan namun masih ramai bersikap sambil lewa dan enggan melunaskan bil berkenaan.

Beliau berkata pihak IWK mengambil pendekatan memberikan notis peringatan kepada pengguna yang enggan membayar berbanding mengambil tindakan mahkamah.

"Kami mahu mendidik pengguna tentang kepentingan tanggungjawab mereka  membayar bil memandangkan kos operasi yang semakin naik dan populasi penduduk pula bertambah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Terbuka Loji 2016 di Taman Selayang Mutiara, di sini Sabtu.

Katanya melalui penganjuran acara itu, orang ramai berpeluang mengetahui kaedah dan proses loji moden diurus dan diselenggara oleh IWK.

"Orang ramai boleh melihat sendiri bagaimana air sisa kumbahan dikumpul dan dirawat menjadi air bersih mengikut spesifikasi ditetapkan selain memperkenalkan pejabat baharu IWK yang telah berpindah dari Medan Batu Cave," katanya.

Dalam pada itu, Abdul Kadir meminta kerjasama pihak berkuasa tempatan untuk meningkatkan penguatkuasaan bagi penyelenggaraan perangkap minyak dan gris khususnya di premis-premis perniagaan makanan di bawah pengawasan mereka.

"Penguatkuasaan memang ada namun kami rasa ia perlu diperketatkan memandangkan proses sisa buangan gris dan minyak ini akan menyekat laluan air.

Isu ini antara masalah utama yang IWK perlu atasi," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Indah Water , IWK

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan