Kehadiran 40 Pengusaha Meriahkan "I Eat Nasi Lemak"

Diterbitkan: Sabtu, 5 November 2016 3:59 PM

Pengunjung dalam dan luar negara sanggup beratur panjang demi mendapatkan nasi lemak kegemaran mereka pada festival 'I Eat Nasi Lemak 2016' di Pusat Konvensyen TM pada 5 November 2016.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lebih 40 pengusaha nasi lemak terbaik dari seluruh tanah air dihimpunkan di bawah satu bumbung dalam acara 'I Eat Nasi Lemak' yang diadakan di Pusat Konvensyen TM, di sini, pada Sabtu.

Festival yang menyatukan rakyat Malaysia itu kembali buat kali ketiga tahun ini melibatkan lebih ramai penyertaan dari luar Lembah Klang termasuk Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Pulau Pinang.

Menurut penganjur acara yang juga pengasas FriedChillies, Honey Ahmad, setiap peniaga yang mengambil bahagian dalam acara tersebut telah menjalani proses yang teliti dan pemilihan dibuat sejak awal tahun berdasarkan kualiti terutamanya keenakan nasi lemak itu sendiri.

Jelasnya, acara ini bertujuan mempromosikan produk pengusaha nasi lemak yang mempunyai rasa yang unik dan tersendiri kepada orang ramai.

"Selain itu, objektif program ini diadakan bagi mengeratkan hubungan antara lapisan masyarakat apabila mereka berkumpul dan menikmati makanan kebangsaan kita.

"Kita merancang untuk memperluaskan acara ini ke sebelah utara, namun bukan dalam masa terdekat," ujarnya kepada mStar Online.

Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti khas diadakan buat pengunjung antaranya, pertandingan 'Sambal Terpedas, Makan Terpantas' dan 'Nasi Lemak Triathlon' iaitu membungkus nasi lemak terpantas.

Penganjuran kali ini turut menyaksikan beberapa pengusaha nasi lemak menarik perhatian ramai apabila pengunjung terpaksa beratur lebih lima minit bagi mendapatkan makanan tradisi orang Melayu itu.

Antara nasi lemak yang menjadi tumpuan ramai ialah Nasi Lemak Ujong Pasir, Nasi Lemak Wak Kentut, Nasi Lemak Pendekar Mustar, Nasi Lemak Tanglin, Nasi Lemak Sinarnor dan Nasi Lemak Ikan Sembilang Lenggeng.

Selain dikunjungi rakyat tempatan, acara ini juga berjaya menarik perhatian pelancong dari luar negara untuk mencuba sendiri keunikan setiap nasi lemak yang ada di sini.

Menurut pelancong dari Jerman, Eddy Schneider, 28, dia tertarik untuk mencuba Nasi Lemak Tanglin yang sememangnya terkenal dengan sambal sotongnya yang enak.

"Ini kali pertama saya makan nasi lemak dan tidak dinafikan ia sememangnya mempunyai keenakan yang tersendiri.

"Agak pelik kerana nasi yang dimasak dengan santan kemudian dimakan dengan sambal, ikan bilis dan timun. Ia makanan istimewa yang hanya boleh didapati di Malaysia," katanya.


iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan