Bangunan Malaysiakini Selamat Hari Ini - Jamal

Diterbitkan: Sabtu, 5 November 2016 6:34 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tiada kerosakan atau insiden tidak diingini berlaku dalam perhimpunan Baju Merah, walaupun pada awalnya digemparkan bahawa pejabat portal berita Malaysiakini akan diruntuhkan.

Pengerusi Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia (GNGMM) Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata kumpulannya telah memutuskan untuk bersurai walaupun tidak dapat bertemu dengan pengurusan tertinggi portal berita itu.

"Kami berhasrat untuk berjumpa pihak pengurusan tapi pihak polis beritahu mereka semua dah lari, yang tinggal hanya 'Bangla-Bangla' dan pekerja pencuci tandas, jaga pintu, ini yang polis maklumkan.

"Kami memang menghormati polis dan kami tak akan bertempur dengan polis sebab itulah kami berganjak dari kawasan yang diletakkan penghadang polis," katanya kepada pemberita selepas beliau bersama penyokongnya meninggalkan pejabat portal berita Malaysiakini kira-kira pukul 4.15 petang Sabtu.

Menurut Jamal yang juga Ketua Umno Sungai Besar, kehadiran Baju Merah di lokasi berkenaan adalah 'permulaan' bagi menuntut kerajaan menutup agensi berita tersebut.

Mengenai kehadiran peserta, Jamal dalam satu lagi sesi temuramah sebelum himpunan sepenuhnya bersurai berkata beliau telah mengehadkan kehadiran seramai 10,000 orang.

"Kalau 20,000 yang hadir seperti yang saya cakap hari itu, bangunan Malaysiakini akan runtuh, tapi hari ini saya hadkan untuk 10,000 saja yang hadir sebab itulah bangunan Malaysiakini selamat hari ini.

"Kita tak ada masalah berbeza pendapat, kenapa kami tak datang ke Harakah? Kita tak desak kerajaan tutup Harakah walaupun mereka serang kerajaan dan Umno, kerana mereka mendapat sumber kewangan dalaman," katanya.

Jelasnya, jika dana diterima daripada sumber-sumber asing atau perderma yang sangat zalim seperti George Soros, sudah pasti Malaysiakini, Bersih dan lain-lain yang ditaja oleh Soros akan melakukan apa saja yang mereka mahukan.

"Ini yang kami tentang, bukan kami datang suka-suka. Demo hari ini sangat bermakna untuk rakyat Malaysia supaya kita tak mahu Malaysiakini jadi ejen dan dalang kepada kuasa luar dari negara kita," katanya.

Perhimpunan 'Selangkah Menuju Ke Himpunan Raksasa 19 November, Mendepani Bersih 5' berlangsung kira-kira tiga jam dengan penyokong datang bersama sepanduk dan poster mendesak kerajaan menutup agensi berita Malaysiakini.

Mereka tidak mahu agensi itu terus menerima dana dan campur tangan asing, selepas pengurusan tertingginya pada Khamis mengakui menerima geran daripada Open Society Foundation (OSF) yang diasaskan oleh Soros.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan