Kemungkinan Tsunami Di Kudat Berdasarkan Simulasi Tanah Runtuh

Diterbitkan: Jumaat, 4 November 2016 10:15 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Pensyarah Geologi Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Dr Felix Tongkul menjelaskan kenyataan Jabatan Meteorologi berhubung kemungkinan tsunami setinggi 50 meter di kawasan Kudat, adalah berdasarkan simulasi tanah runtuh di luar pantai Brunei.

Bagaimanapun, beliau yang juga Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi UMS berkata tsunami itu boleh berlaku sekiranya tanah runtuh itu bergerak serentak pada kadar kelajuan tinggi.

"Memang terdapat bukti tanah runtuh gergasi pernah berlaku di luar pantai bahagian Barat Sabah pada masa dahulu.

"Namun kejadian begini (tanah runtuh bergerak laju) jarang berlaku. Tanah runtuh bawah laut biasanya bergerak secara perlahan dan berperingkat...maka tsunami 50 meter itu adalah hasil simulasi senario paling buruk," katanya dalam  kenyataan di sini, Jumaat.

Felix berkata simulasi dihasilkan gempa bumi di sepanjang Manila Trench (bahagian Barat Filipina) menghasilkan tsunami setinggi satu hingga dua meter di kawasan Kudat.

"Oleh kerana gempa bumi besar kerap berlaku di Manila Trench, maka tsunami di masa hadapan besar kemungkinan datang daripada sumber ini (gempa bumi Manila Trench).

"Namun tidak kira daripada mana sumber tsunami itu, penduduk di Kudat perlu berjaga-jaga," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: tsunami , simulasi tanah runtuh , Kudat

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan