Pesakit Virus Zika Pertama Di Malaysia Beransur Sihat - Exco Kesihatan

Diterbitkan: Jumaat, 4 November 2016 2:40 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Wanita berusia 58 tahun dari Bandar Botanik, Klang, yang merupakan rakyat Malaysia pertama dijangkiti virus Zika pada akhir Ogos lepas, kini beransur sihat.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga negeri, Dr Daroyah Alwi berkata setakat ini, tiada anggota keluarga dan rakan terdekat mangsa dilaporkan dijangkiti virus itu.

"Ini disebabkan tindakan pantas yang dilakukan pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Klang dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) dalam melaksanakan aktiviti kawalan dan pencegahan," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, Jumaat.

Dr Daroyah (PKR-Sementa) berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Mat Shuhaimi Shafiei (PKR-Sri Muda) yang ingin tahu perkembangan terkini pesakit berkenaan.

Mengulas lanjut, Dr Daroyah berkata sejumlah 11 subteam Unit Vektor PKD Klang telah menjalankan aktiviti pencegahan dan kawalan, antaranya pemusnahan tempat pembiakan, aktiviti 'larvaciding' dan sembur kabut di lima lokaliti iaitu di rumah pesakit, rumah adik lelaki pesakit, sebuah klinik dan dua restoran di Klang.

Menjawab pertanyaan Shuhaimi mengenai jumlah kes Zika yang telah dikesan di Selangor, beliau berkata sehingga 24 Oktober lepas, hanya satu kes Zika dilaporkan di negeri itu. 

Media sebelum ini melaporkan, Malaysia mencatatkan empat kes positif virus Zika setakat ini.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Zika , MPK , Bandar Botanik

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan