Najib Solat Jumaat Di Masjid Tertua Beijing - Berita Semasa | mStar

Najib Solat Jumaat Di Masjid Tertua Beijing

Diterbitkan: Jumaat, 4 November 2016 2:43 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dibawa melawat sekitar Masjid Dongzhimen di China selepas menunaikan solat Jumaat.

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat menunaikan solat Jumaat di sebuah daripada majlis terkenal dan tertua di Beijing, Masjid Dongzhimen.

Najib, yang sedang melakukan lawatan rasmi ke China sejak Isnin lepas, turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada imam masjid itu, Wang Chong-en, selepas solat.

Menurut laporan, masjid itu asalnya dibina semasa Dinasti Yuan (1271-1368), bagaimanapun bangunan yang ada sekarang dibina pada akhir Dinasti Qing (1644-1911) sebelum dibina semula dan dipindahkan ke Dongzhimenwai, Daerah Dongcheng.
Tags / Kata Kunci: solat Jumaat , Masjid Dongzhimen
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan