Musa Cabar Nur Misuari Kemuka Bukti

Diterbitkan: Jumaat, 4 November 2016 8:23 PM

Musa Aman.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mencabar Ketua Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari supaya menamakan pemimpin Malaysia yang didakwanya sebagai dalang penculikan warga asing di Pulau Sipadan, Semporna pada tahun 2000.

"Ini adalah tuduhan yang serius. Misuari perlu menamakan individu yang didakwanya terbabit dalam penculikan itu," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Musa yang juga Pengerusi Majlis Keselamatan negeri itu berkata melainkan ada bukti dikemukakan, Nur Misuari tidak seharusnya membuat dakwaan tanpa asas berhubung perkara itu.

Jelas beliau, dakwaan seperti itu boleh menjejaskan imej negara dan negeri serta hubungan antara Malaysia dan Filipina.

Pada Khamis, Nur Misuari mendakwa Malaysia menggunakan orang Moro dalam melaksanakan aktiviti culik untuk tebusan membabitkan 21 pelancong dan pekerja resort di Pulau Sipadan, Sabah pada tahun 2000.

Dia juga mendakwa, sedia mengheret pemimpin mereka ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa berhubung perkara itu.

Tags / Kata Kunci: MNLF , Nur Misuari , Musa Aman

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan