Malaysia Kutuk Serangan Ke Atas Arab Saudi

Diterbitkan: Jumaat, 4 November 2016 1:23 PM

Peluru berpandu Burkan-1. -fotoInternet

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Malaysia mengutuk serangan peluru berpandu ke atas Arab Saudi, dan berharap pihak bertanggungjawab akan dihadapkan ke muka pengadilan.

Kementerian Luar dalam kenyataan pada Jumaat berkata serangan itu merupakan pencabulan yang jelas terhadap kedaulatan kerajaan Arab Saudi dan merupakan ancaman yang besar kepada keamanan dan keselamatan serantau serta global.

"Malaysia berdiri teguh atas solidaritinya dengan Arab Saudi, dalam keazamannya untuk memelihara keamanan dan kestabilan kerajaan Arab Saudi," menurut kenyataan itu.

Pada 27 Oktober, puak pelampau Houthi di Yaman melepaskan peluru berpandu balistik dikenali sebagai Burkan-1 ke arah Kota Suci, Makkah, bagaimanapun peluru berpandu itu berjaya dipintas dan dimusnahkan oleh angkatan tentera darat Arab Saudi, pada jarak 65 kilometer sebelum memasuki kota suci itu.

Serangan serupa dilancarkan oleh Houthi di tapak pangkalan udara Arab Saudi di Taif pada 10 Okt.
Kementerian Luar berkata Malaysia berharap konflik yang sedang berlaku di rantau itu akan diselesaikan menerusi saluran politik dan diplomatik.

Tags / Kata Kunci: Houthi , Burkan-1 , Kementerian Luar

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan