Malaysiakini Perlu Buat Laporan Polis Jika Terancam - KPN

Diterbitkan: Jumaat, 4 November 2016 10:58 AM

Pasukan keselamatan turut mengawal keadaan ketika kumpulan Baju Merah berkumpul di depan pejabat Malaysiakini, Khamis.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pihak Malaysiakini perlu membuat laporan polis sekiranya berasa terancam dengan rancangan kumpulan Baju Merah untuk mengadakan perhimpunan di pejabat portal berita itu pada Sabtu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan memantau perancangan kumpulan tersebut sama ada ia akan dilakukan atau tidak.

"Jika Malaysiakini melihatnya seperti itu (terancam), buatlah laporan polis," katanya pada sidang media selepas merasmikan Sistem Amaran Awal Kehilangan Kanak-kanak  (NUR Alert) menerusi Facebook di Bukit Aman di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai Ketua Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos akan menghimpunkan penyokongnya di pejabat Malaysiakini di Jalan Tandang, Petaling Jaya pada Sabtu.

Pada Khamis, sekumpulan ahli Baju Merah yang diketuai Jamal melakukan bantahan terhadap Malaysiakini di pejabat agensi berita itu kerana didakwa menerima dana dari George Soros.

Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar dilaporkan sebagai berkata, sebahagian daripada bangunan Malaysiakini akan runtuh jika tidak membuat penjelasan mengenai laporan mereka berhubung dana berkenaan.

"Saya beri anda sehingga tengah hari 5 November (Sabtu). Jika kami tidak menerima sebarang penjelasan, kami akan berhimpun di sini dan pastinya sebahagian daripada bangunan ini akan runtuh," katanya.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan