Gangguan Perkhidmatan LRT Dekat Stesen Pasar Seni

Diterbitkan: Jumaat, 4 November 2016 11:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan LRT mengalami gangguan apabila salah sebuah kereta apinya tiba-tiba berhenti berhampiran stesen Pasar Seni pada Jumaat.

Penumpang yang bergegas pada waktu pagi untuk ke tempat kerja terkejut apabila kereta api yang dinaiki tiba-tiba berhenti kira-kira pukul 8.55 pagi selepas berlepas dari stesen KL Sentral.

Kereta api itu sedang meneruskan perjalanan ke stesen Pasar Seni di mana penumpang diminta untuk turun.

RapidKL berkata di Twitter bahawa kerosakan kereta api berlaku dekat stesen Pasar Seni dan penumpang terpaksa dikeluarkan.

Rubaina Shokat, seorang eksekutif berusia 28 tahun, berkata terdapat bau getah terbakar dalam kereta api ketika ia menghampiri stesen Pasar Seni.

"Kami boleh melihat kepulan asap nipis di dalam kereta api. Penumpang diminta untuk turun di Pasar Seni," katanya.

Runaina berkata sebuah lagi kereta api kosong tiba kira-kira 15 minit kemudian dan mereka meneruskan perjalanan.

Beliau berkata anak kapal RapidKL sangat cekap dalam mengendalikan keadaan.
Tags / Kata Kunci: LRT , stesen Pasar SEni , RapidKL

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan