Khairuddin Gesa Polis Siasat Pandikar Amin

Diterbitkan: Jumaat, 4 November 2016 10:36 AM

Pandikar Amin Mulia

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendakwa Tan Sri Pandikar Amin Mulia bertindak mengugut tiga bekas menteri Kabinet diluar sesi perbahasan di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Menerusi laporan polis yang dibuat pada awal pagi Jumaat, Khairuddin yang juga bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan berkata, Speaker Dewan Rakyat itu cuba 'menutup mulut' tiga wakil rakyat berkenaan daripada terus membangkitkan mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di Parlimen.

"Saya sebagai rakyat Malaysia percaya kenyataan Speaker Parlimen itu berbentuk ugutan dan intimidasi terhadap ahli Parlimen daripada melaksanakan tanggungjawab mereka," katanya seperti yang dipetik daripada salinan laporan polis itu.

Sebelum ini Pandikar Amin menegur bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal dan bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah kerana membuat kenyataan kritikal mengenai 1MDB di Dewan Rakyat.

Menurut Pandikar Amin, tindakan berkenaan berkemungkinan melanggar prinsip sumpah kerahsiaan ketika menjawat jawatan menteri.

Selain Pandikar Amin, Khairuddin turut menamakan dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan Sahabat N87 cawangan Wilayah Persekutuan dalam laporannya supaya disiasat pihak polis.

Dua NGO berkenaan sebelum ini membuat laporan polis terhadap Muhyiddin, Ahmad Husni dan Shafie kerana didakwa mendedahkan maklumat sulit kerajaan mengenai 1MDB.

Sehubungan itu Khairuddin mahu ketiga-tiga pihak tersebut disiasat dibawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan yang didakwa berunsur jenayah.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan