Jamal 'Serang' Malaysiakini Esok

Diterbitkan: Jumaat, 4 November 2016 4:19 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengerusi Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia (GNGMM), Datuk Seri Jamal Md Yunos tetap mahu mengerahkan anggotanya berkumpul di hadapan pejabat portal berita Malaysiakini di Jalan Tandang di sini, pada Sabtu.

Mengakui tidak mempunyai permit untuk berhimpun, Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar berkata, Himpunan Gerakan Merah versi 2.0 itu akan mula berkumpul di lokasi tersebut pada pukul 2 petang.

"Memandangkan lokasi itu agak kecil, jadi saya tak meletakkan sasaran kehadiran. Namun saya yakin jumlahnya cukup memberangsangkan," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Sementara itu ditanya mengenai kenyataan ugutannya sebelum ini bahawa sebahagian pejabat portal berita itu akan diruntuhkan, Jamal berkata, setakat ini, beliau berpuas hati dengan penjelasan wakil syarikat itu mengenai sumber kewangan mereka.

"Saya berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan bahawa mereka menerima dana Open Society Foundation (OSF) yang dikaitkan dengan George Soros.

"Jadi apa yang akan berlaku dalam perhimpunan esok saya tak boleh jangka," katanya.

Pejabat Malaysiakini dipilih berikutan rancangan awal mereka untuk berhimpun di Padang Merbok dan Dataran Merdeka ditolak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Tags / Kata Kunci: Jamal Md Yunos , Baju Merah , malaysiakini

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan