Caj RM20 Beri Impak Operasi EDL

Diterbitkan: Jumaat, 4 November 2016 7:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Caj RM20 kepada semua kenderaan milik persendirian dengan nombor pendaftaran asing dari Singapura ke Malaysia dijangka memberi kesan terhadap operasi Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Timur (EDL).

Menurut RAM Rating Service Bhd (RAM Ratings) pada Jumaat, jumlah trafik EDL dijangka terjejas berikutan caj yang dikenakan bermula 1 November lalu.

Caj ini dikenakan kepada kenderaan yang melalui jalan masuk ke Johor iaitu Tambak Johor dan Laluan Kedua.

“Jumlah trafik yang berkurangan sejak caj dikenakan di EDL akan diambil kira untuk menilai semula pelaksanaan bayaran itu,” katanya.

Disebabkan kemerosotan trafik dalam tempoh yang singkat, ia akan membawa ketidakupayaan syarikat itu menjana pendapatan serta pembayaran semula hutang tahunannya.

Pada 19 Oktober 2016, kedudukan terkini Sukuk dijangka menurun pada bulan seterusnya, terutama jika tawaran ditarik semula, dari PLUS Malaysia Bhd dan klien daripada ZJ Advisory Sdn Bhd, yang merancang membuat pembiayaan semula.

Sejak tol dikenakan di EDL pada 1 Ogos 2014, kadar kutipan tol setiap hari bagi kereta yang melalui Tambak Johor telah meningkat enam kali ganda iaitu daripada RM6 kepada RM36.

Terkini, caj RM20 dikenakan kerajaan Malaysia kepada kenderaan asing dan langkah kerajaan Singapura  menyamakan caj ini akan membebankan kos harian perjalanan pengguna kereta di Tambak Johor.

Alternatif yang lebih murah seperti kereta api Shuttle Tebrau, KTM Bhd dan Laluan Bas Causeway, kedua-duanya telah menerima permintaan yang lebih tinggi sejak tol dikenakan di EDL.

Susulan itu, penumpang pengangkutan awam dijangka meningkat setiap hari.

 

Tags / Kata Kunci: EDL , Singapura , Tambak Johor

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan