Jentera Cerucuk Besi Hempap Kereta, DOSH Arah Henti Kerja Pembinaan

Diterbitkan: Jumaat, 4 November 2016 11:58 PM

Kerja-kerja pengalihan kren projek pembinaan yang tumbang menghempap kereta mangsa giat dilakukan di Kawasan Perindustrian Jalan Astana, Meru pada Jumaat. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemaju projek pembinaan di Bandar Baru Bukit Raja, Klang diarah menghentikan serta-merta kerja mereka susulan insiden jentera cerucuk besi menghempap kereta menyebabkan sepasang suami isteri terbunuh, tengah hari Jumaat.

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (DOSH) Datuk Mohtar Musri berkata arahan itu dikeluarkan hari ini bagi membolehkan pihaknya menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut.

"Pegawai DOSH telah berada di tempat kejadian. Kita sudah beri arahan henti kerja dan tindakan akan diambil bergantung pada hasil siasatan tersebut," katanya.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 15 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Akta Kilang dan Jentera 1967.

Dalam kejadian pukul 12.35 tengah hari itu, Abd Rahim Abd Rahman, 51, dan isterinya, Nurhayati Rosli, 46, yang merupakan warga Indonesia, maut apabila kereta yang mereka naiki dihempap jentera cerucuk besi yang tumbang ketika melalui kawasan tapak pembinaan berkenaan.

Kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Bercakap kepada pemberita pada satu majlis di sini malam Jumaat, Mohtar berkata insiden itu mungkin berlaku akibat roda besi terkeluar daripada plat besi penahan pada jentera cerucuk besi berkenaan.

"Kita masih lagi menyiasat secara terperinci sama ada semua prosedur dan peraturan di kawasan pembinaan itu dipatuhi atau tidak, sama ada di pihak pemandu kren dan juga subkontraktor.

Tindakan berikutnya bergantung kepada hasil siasatan sepenuhnya," katanya selepas Majlis Penghargaan Industri 2016 anjuran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dengan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof selaku jemputan utama.

Dalam ucapannya, Fadillah berkata semua tapak pembinaan perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan dan menitikberatkan aspek keselamatan setiap masa.

"Semua agensi berkaitan perlu menggembleng tenaga dalam memastikan usaha ini berjaya," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan