Dakwaan Nur Misuari Pemimpin Malaysia Terlibat Insiden Penculikan Dikesali

Diterbitkan: Jumaat, 4 November 2016 1:37 PM

Nur Misuari. -fotoEPA

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Majlis Permuafakatan Suluk Sabah (MPSS) kesal terhadap dakwaan oleh Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari mengenai penglibatan pemimpin Malaysia dalam insiden penculikan di Pulau Sipadan, Semporna pada 2000.

Setiausaha MPSS, Mohd Zaki Harry Susanto berkata, dakwaan tersebut amat serius serta tidak boleh dipandang ringan kerana ia melibatkan nama baik negara dan pemimpin yang berkhidmat ketika itu.

"Beliau (Misuari) harus bertanggungjawab dengan kenyataan media yang dibuatnya baru-baru ini. Pihak Kedutaan Malaysia di Filipina dengan bantuan pihak kerajaan Filipina harus mendesak beliau mendedahkan identiti pemimpin Malaysia yang didakwa terlibat itu agar ia tidak terus menjadi teka-teki.

"Sekiranya dakwaan tersebut benar, kerajaan Malaysia perlu mengambil tindakan tegas terhadap pengkhianat negara itu," katanya kepada Bernama.

Mohd Zaki berkata demikian sebagai mengulas laporan media mengenai dakwaan oleh Misuari ketika sidang media baru-baru ini, selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte di Manila.

Dalam sidang media itu, Misuari turut menyatakan keputusan untuk menghentikan semua komunikasi serta tidak lagi berhasrat untuk berunding dengan Malaysia buat selama-lamanya kerana mendakwa berlakunya konspirasi melibatkan rakyat Malaysia yang telah memusnahkan kehormatan dan integriti pengikut beliau sejak sekian lama.

Mengulas lanjut, Mohd Zaki berkata keputusan Misuari untuk menghentikan komunikasi dan perbincangan dengan pihak Malaysia adalah ekoran kekecewaan yang melampau dan hilangnya kepercayaan beliau terhadap Malaysia.

"Keadaan ini merupakan isyarat yang jelas buat pasukan keselamatan kita, khususnya Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) untuk melipat gandakan usaha mengawal keselamatan.

"Ia dikhuatiri berupaya menimbulkan sentimen kebencian terhadap rakyat Malaysia sekaligus menimbulkan limpahan ancaman keselamatan terutamanya terhadap negeri Sabah," tambahnya.

Sementara itu, di Semporna, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Senallang Datuk Seri Nasir Tun Sakaran mendesak agar Nur Misuari mendedahkan nama pemimpin yang terlibat dan tuduhan itu perlu disertakan bukti kukuh.

"Kita sendiri pun tidak tahu siapa yang dikatakan oleh dia...tapi kalau dia (Misuari) tahu ada, dia perlu namakannya," katanya kepada Bernama.

Katanya, negara dan kerajaan tidak akan bersekongkol untuk melindungi jenayah sedemikian yang cukup meninggalkan kesan negatif kepada Malaysia dan masyarakat setempat.

"Negara kita ada undang-undang, kalau ada bukti tunjukkan," katanya yang turut kesal dengan tuduhan tersebut.
Tags / Kata Kunci: Nur Misuari , MPSS , penculikan

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan