Kerajaan Belum Lulus Vaksin Denggi Kerana Tidak Cukup Maklumat

Diterbitkan: Khamis, 3 November 2016 1:37 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan belum meluluskan vaksin denggi pertama di dunia untuk digunakan di Malaysia kerana tiada maklumat mengenai keberkesanannya kepada pesakit berusia 18 tahun ke atas.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata vaksin itu hanya diketahui berkesan bagi pesakit berusia antara 9 hingga 18 tahun, sedangkan kes denggi di negara ini banyak melibatkan mereka yang berusia 25 hingga 40 tahun.

"Satu jawatankuasa pakar masih lagi mengkaji penggunaan vaksin itu bagi merawat pesakit demam denggi di negara ini kerana vaksin itu tidak boleh dikatakan menunaikan segala keperluan untuk menjadi satu vaksin optimum, ada beberapa kekurangan dalam vaksin itu.

"Dalam kajian yang dilakukan, keberkesanannya diketahui bagi umur di antara 9 hingga 18 tahun sahaja, maknanya tiada maklumat keberkesanan vaksin selepas usia 18 tahun, kita tidak ada jawapan untuk itu," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Dr Abd Latiff Ahmad (BN-Mersing) pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat, Khamis.

Abd Latiff ingin tahu mengapa Malaysia masih belum mengikuti jejak langkah Singapura yang dilaporkan telah meluluskan vaksin denggi berkenaan.

Vaksin denggi pertama di dunia itu, Dengvaxia dibangunkan oleh sebuah syarikat farmaseutikal Perancis dan dilaporkan diluluskan di Mexico pada Disember tahun lepas diikuti beberapa negara lain termasuk Filipina dan Singapura di rantau ini.

Menjawab soalan asal Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) mengenai sejauh mana kementerian menggembleng tenaga pakar dan kewangan untuk mencari kaedah menangani kes dan kematian akibat denggi, Dr Subramaniam berkata selain kajian terhadap vaksin, kerajaan melaksanakan pelbagai usaha ke arah itu.

Sehingga 29 Oktober, jumlah kumulatif kes denggi yang dilaporkan adalah 89,243 kes berbanding 100,665 kes bagi tempoh sama tahun lalu, iaitu penurunan sebanyak 11.3 peratus.

Jumlah kumulatif kematian pada tempoh sama adalah 202 kematian berbanding 277 kematian, iaitu penurunan sebanyak 75 kes (27.1 peratus).

Katanya pengurangan kes dan kematian ini kerana hasil usaha tindakan bersepadu kementerian, agensi dan komuniti dalam aktiviti pencegahan denggi.

Dr Subramaniam berkata usaha berkenaan diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pada Sesi ke-67 Jawatankuasa Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia bagi Pasifik Barat di Manila, 10 Oktober lalu.

"Ketua Pengarah (WHO) Dr Margaret Chan dalam ucaptama memuji strategi Malaysia dalam pencegahan dan kawalan denggi dengan pelaksanaan kempen gotong-royong kebersihan peringkat nasional yang melibatkan komuniti," katanya.

Dalam tempoh lima tahun ini, sejumlah RM11 juta daripada kerajaan, RM350,000 daripada WHO dan RM3.8 juta oleh agensi luar (Wellcome Trust) diagihkan untuk membiayai beberapa projek utama meliputi aktiviti mengawal nyamuk aedes, pengesanan virus denggi serta kajian mengenai ubat-ubatan yang membantu perawatan pesakit. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: vaksin , demam denggi , Dr S Subramaniam

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan