Sultan Ibrahim Tidak Benarkan Demonstrasi Di Johor

Diterbitkan: Khamis, 3 November 2016 6:25 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar tidak akan membenarkan sebarang demonstrasi jalanan diadakan di negeri itu.

"Tindakan orang ramai berkumpul dan menghina pemimpin dan invididu tertentu merupakan perbuatan tidak bertanggungjawab.

"Beta menekankan bahawa sebarang bantahan tiada boleh diadakan di Johor," titah baginda.

Sultan Ibrahim menambah, demonstrasi sedemikian hanya akan mengganggu ketenteraman awam dan mencetuskan perpecahan dalam kalangan rakyat.

Ketika menyampaikan dikri baginda pada Himpunan Bangsa Johor di Stadium Tertutup Pasir Gudang di sini, Sultan Ibrahim turut menggesa pelbagai pertubuhan bukan kerajaan di negeri itu serta Bangsa Johor agar tidak menyertai demonstrasi jalanan.

Sultan Ibrahim berkata, jika ada pihak tidak berpuas hati dengan Kerajaan, mereka perlu menggunakan saluran yang betul bagi menyuarakan perkara itu berbanding mengadakan demonstrasi.

"Pergi berjumpa dengan wakil rakyat yang telah dipilih dan jika mereka gagal menyampaikan suara anda, maka pilih pemimpin baharu yang boleh melaksanakan tanggungjawab itu," kata baginda.

Tags / Kata Kunci: Sultan Johor , Sultan Ismail , Demonstrasi

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan