Samsung Siar Iklan Minta Pemilik Galaxy Note 7 Pulangkan Semula Telefon

Diterbitkan: Khamis, 3 November 2016 12:48 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd melalui satu pengumuman iklan dalam media massa pada Khamis menyeru pemilik telefon pintar Samsung Galaxy Note 7 supaya menghentikan penggunaan peranti tersebut dan memulangkannya semula dengan kadar segera sebagai langkah keselamatan pelanggan.

Menerusi iklan tersebut, Samsung menyenaraikan dua langkah yang perlu diambil oleh para pelanggannya yang terjejas.

Pemilik telefon pintar Galaxy Note 7 telah diberi dua pilihan iaitu sama ada mendapatkan bayaran balik penuh atau menukar telefon mereka kepada Samsung Galaxy S7 Edge.

"Di Samsung adalah menjadi komitmen kami untuk memberikan produk berkualiti dan pengalaman terbaik kepada para pelanggan kami. Oleh kerana keselamatan para pengguna menjadi keutamaan, maka kami menyeru agar anda segera mematikan telefon anda dan menyerahkannya semula Galaxy Note 7 untuk sama ada menerima bayaran balik atau menukarkannya kepada telefon Galaxy S7 Edge," kata Samsung menerusi iklan tersebut.

Menurut Samsung, pemilik Galaxy Note 7 boleh melakukan demikian di lokasi asal mereka membeli telefon Galaxy Note 7.

"Kami amat menghargai sokongan tidak berbelah bahagi anda dan bersedia menyediakan perkhidmatan terbaik kepada anda pada masa akan datang," kata iklan itu lagi.

Samsung turut menyatakan untuk sebarang maklumat lanjut, para pelanggan mereka boleh menghubungi Samsung Malaysia Careline di talian 1800-88-779.

Pada 11 Oktober lalu, Samsung mengumumkan penggantungan pengeluaran Galaxy Note 7 selepas terdapat laporan telefon pintar itu terbakar sewaktu sedang dicaj.

Syarikat gergasi teknologi Korea Selatan itu turut mengumumkan penarikan balik model telefon berkenaan pada awal September berikutan beberapa laporan diterima berkaitan telefon bimbit itu terbakar ketika sedang dicaj.

Dalam kes yang berlaku di Florida, Amerika Syarikat, sebuah kenderaan pacuan empat roda terbakar selepas pemiliknya mengecas telefon pintar itu di dalam kenderaannya manakala syarikat penerbangan di seluruh negara turut melarang penggunaan telefon tersebut di dalam pesawat mereka malah ada yang melarang sama sekali para penumpang membawa masuk Galaxy Note 7 ke dalam pesawat.

Telefon pintar itu mula dijual kepada umum di seluruh dunia pada 19 Ogos lalu.



iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan