Polis Siasat Pencemaran Sungai Buah, Punca LRA Semenyih Ditutup

Diterbitkan: Khamis, 3 November 2016 4:42 PM

Kesan tumpahan campuran minyak yang telah membeku dipercayai minyak diesel, minyak hitam dan minyak kelapa sawit berpunca daripada kemalangan sebuah lori tangki membawa muatan minyak sawit di Kilometer 46.2, Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) arah utara, Nilai, Negeri Sembilan, Jumaat lalu. Hasil tumpahan minyak tersebut dipercayai telah mengalir sehingga ke Sungai Buah, Nilai dan mengakibatkan pencemaran sungai tersebut seterusnya membawa kepada penutupan Loji Rawatan Air Semenyih, baru-baru ini

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memulakan siasatan berhubung dakwaan sabotaj Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih yang menyebabkan berlaku pencemaran di Sungai Buah dan penutupan loji berkenaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, setakat ini, beberapa laporan diterima berkaitan kes berkenaan dan siasatan sedang dijalankan.

Pada masa sama, pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Kimia bagi menyiasat punca sebenar pencemaran Sungai Buah dekat Nilai yang menyebabkan operasi loji itu tergendala.

"Saya tahu salah satu puncanya (pencemaran) dipercayai daripada kemalangan lori tangki membawa muatan minyak sawit, di kawasan itu pada Sabtu lalu," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama Strategi Memerangi Jenayah Berat, di sini, pada Khamis.

Beliau berkata demikian susulan dakwaan berlakunya sabotaj terhadap LRA Sungai Semenyih hingga membawa kepada penutupan loji berkenaan.

Khalid berkata, menerusi kerjasama kedua-dua pihak, diharap punca sampingan juga diketahui bagi memastikan masalah itu dapat ditangani secepat mungkin.

"Selain Jabatan Kimia, kita juga akan bekerjasama dengan agensi lain untuk mengenalpasti sebab-sebab lain pencemaran sungai itu berlaku," katanya.

Selain itu, beliau turut meminta supaya pihak lain tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan isu itu sehingga siasatan selesai dijalankan.

"Jangan buat sebarang kesimpulan. Tunggu sehingga siasatan selesai dijalankan", tambahnya lagi.

Tags / Kata Kunci: LRA Semenyih , Sungai Buah , Khalid Abu Bakar

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan