Lapor Kerosakan Jalan Guna Waze

Diterbitkan: Khamis, 3 November 2016 4:33 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penduduk di Selangor mungkin dapat melaporkan keadaan jalan berlubang kepada pihak berkuasa tempatan menggunakan aplikasi pemanduan Waze, menjelang akhir tahun, kata Pengurus Jualan Waze Google Malaysia, Edward Ling.

Beliau berkata pembangun aplikasi itu sedang berbincang dengan kerajaan negeri mengenai perkara tersebut, dan pengumuman rasmi mengenai perkhidmatan itu akan dibuat pada 21 November.

"Jika anda melaporkan jalan berlubang (di Waze), kami akan menyalurkan data berkenaan kepada pihak berkuasa tempatan supaya dapat diturap dengan segera.

"Kami memberikan data itu secara percuma kepada kerajaan negeri," katanya kepada pemberita di luar Sidang Kemuncak Pengangkutan Awam Bandar 2016, di sini pada Khamis.

Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali dilaporkan berkata sebelum ini bahawa usaha sama dengan Waze itu akan memperkukuh inisiatif penyelesaian pintar kerajaan negeri.

Beliau berkata enam majlis perbandaran, termasuk Ampang Jaya (MPAJ), Kajang (MPKJ), Shah Alam (MBSA), dan Petaling Jaya (MBPJ), akan terlibat dalam projek itu.

Edward berkata projek perintis itu merupakan inisiatif pertama Waze di Malaysia dan kedua di Asia Pasifik selepas pelaksanaan di Jakarta, Indonesia. 

Beliau berkata pemaju aplikasi itu sudah memulakan inisiatif berkenaan di lebih 100 bandar raya di seluruh dunia termasuk Boston, Washington DC, Sydney dan Rio De Janeiro.

Ditanya jika terdapat kes laporan palsu oleh pengguna waze, beliau berkata data waze merupakan sumber daripada orang ramai dan Waze begantung kepada komuniti untuk menyemak ketepatannya.

"Saya yakin lokasi itu yang disokong oleh gambar yang dirakam pengguna waze, 99.9 peratus tepat."

Waze ialah apliksi pemanduan dan trafik berasaskan komuniti, terbesar di dunia.

Ia sudah beroperasi di Malaysia sejak 2008 dengan kira-kira dua juta  wazers, nama yang merujuk kepada pengguna aplikasi itu, di kawasan Lembah Klang setakat ini.

Edward berkata Malaysia menduduki ranking lima negara teratas di dunia dari segi pengguna aktif perkapita. -  BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Waze , Kerosakan Jalan

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan