Lelaki 250kg Pasang Impian Turun Berat Badan

Diterbitkan: Khamis, 3 November 2016 10:24 AM

Sia semakin beransur pulih.

(Ubah saiz teks)

SIBU: Lelaki yang mempunyai berat badan kira-kira 250 kilogram (kg), Sia Chi Herng kini memasang impian untuk menurunkan 100kg beratnya dengan menjaga pemakanan dan bersenam sebaik sahaja dia boleh berbuat demikian.

Sia dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sini pada 21 September lalu akibat kesukaran bernafas dan sakit dada.

Difahamkan seramai 20 orang terpaksa mengangkatnya menggunakan selimut tebal dari rumahnya sebelum dibawa menaiki lori ke hospital.

Selepas sebulan, lelaki berusia 33 tahun itu beransur pulih dan sedang menjalani rawatan fisioterapi untuk membantunya kembali berjalan dan mengurangkan berat badan.

Ketika ditemui di wad pada Rabu, Sia kini sudah boleh bernafas dengan baik.

"Saya kini boleh makan dua hidangan sehari. Pakar fisioterapi memantau saya dua kali sehari, membantu saya menjalani rawatan fisio seperti senaman tangan dan juga sit up.

"Doktor dan jururawat juga sering melawat saya setiap hari untuk memeriksa tahap kesihatan saya," kata Sia yang diasingkan dari pesakit lain di sebuah biilik penjagaan paliatif.

Ujian kesihatan menunjukkan tahap kolestrolnya tidak membimbangkan begitu juga kandungan gula.

Ibunya, Kho Kee Sieng, 63, sentiasa berada di sisinya sejak dia dipindahkan dari wad ICU.

Sia menyifatkan dia beransur pulih kerana 'penjagaan rapi' oleh pihak hospital.

"Saya mahu kurus dan menjadi seperti orang biasa. Saya mahu pulang ke rumah," katanya.

Sia berkata dia mahu melihat tindak balas kaki kirinya terhadap rawatan fisioterapi itu sebelum dia dibenarkan keluar dari hospital.

"Saya selalu menggunakan kaki kanan lebih kerap berbanding kaki kiri untuk mengimbangkan badan," katanya.

Sia berkata dia turut mendengar nasihat M.Balaji yang berjaya menurunkan berat badan dari 318kg kepada 145kg.

Balaji dari Sungai Buloh menasihatkan Sia untuk kekal positif dan percaya kepada pasukan doktor yang merawatnya.

Sementara itu, Ketua Unit Wanita Parti Rakyat Bersatu (UPP Dudong) Kapitan Connie Loh menyampaikan sumbangan derma sebanyak RM500 kepada Sia untuk membantu meringankan bayaran perubatannya.

Loh turut membantu Kho untuk memohon bantuan kewangan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Buat masa ini, Sia dan ibunya bergantung hidup dengan abang Sia berusia 36 tahun yang bekerja sebagai juruletrik.


Tags / Kata Kunci: Sia Chi Herng , obesiti

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan