KWSP Perkenal Akaun Emas

Diterbitkan: Khamis, 3 November 2016 3:55 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan Akaun Emas, sebuah simpanan persaraan kedua terbaharu untuk ahli berusia 55 tahun dan ke atas.

Segala caruman yang diterima selepas usia tersebut akan diletakkan di bawah Akaun Emas secara automatik.

Di bawah akaun itu, caruman tersebut hanya boleh dikeluarkan ketika mencapai usia 60 tahun.

Ini bagi memastikan ahli-ahlinya mempunyai simpanan yang mencukupi untuk tempoh persaraan mereka.

Akaun Emas tidak akan menjejaskan skim sedia ada di mana ahlinya mempunyai pilihan untuk membuat pengeluaran penuh dan separa apabila mencapai usia 55 tahun.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata simpanan tambahan sepanjang tempoh lima tahun itu akan memberi manfaat kepada ahli apabila bersara kelak.

"Ini bertujuan untuk menyediakan lebih banyak jaminan kewangan kepada ahlinya apabila mereka bersara nanti," katanya dalam taklimat kepada media di ibu pejabat KWSP di sini Khamis.

Apabila ahlinya mencapai usia 60 tahun, baki dalam Akaun 55 dan Akaun Emas akan digabungkan.

Shahril berkata Akaun 55 merupakan istilah baharu untuk Akaun Satu dan Akaun Dua sedia ada.

Katanya, sebaik ahli mencapai usia 55 tahun, mereka tidak memerlukan Akaun Dua kerana mereka akan dibenarkan membuat pengeluaran penuh.

Pencarum juga boleh terus mendapat dividen daripada simpanan mereka dalam kedua-dua Akaun Emas dan baki simpanan mereka dalam Akaun 55.


Tags / Kata Kunci: Akaum Emas , KWSP

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan