Guan Eng Enggan Ulas Kerjasama PKR-PAS

Diterbitkan: Khamis, 3 November 2016 5:14 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Mendakwa kenyataannya sering diputar belit media arus perdana, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng enggan mengulastentang kemungkinan kerjasama dalam kalangan parti pembangkang termasuk PKR-PAS pada pilihan umum ke-14 akan datang.   

Lim berkata beliau tidak mahu menjawab soalan itu di hadapan media tertentu yang didakwanya sering kali memutar belit kenyataannya.  

"Saya tidak mahu komen... saya dijadikan bahan bohong dan fitnah oleh media BN (Barisan Nasional) di sini dan saya tidak percaya langsung mereka akan membuat liputan yang tepat," katanya kepada pemberita pada Khamis.  

Pada Rabu, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu mengalu-alukan perbincangan antara parti-parti pembangkang bagi mewujudkan pertembungan satu lawan satu menentang BN pada pilihan raya umum akan datang.

Sementara itu, Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata lapanbantahan rasmi DAP berhubung kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya, telah ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri.

Beliau berkata lima bantahan dari kawasan Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan tiga daripada Parlimen DAP telah ditolak dan tidak dibenarkan untuk menghadiri sesi pendengaran. 

"Hanya bantahan di bawah kerajaan Pulau Pinang sahaja yang diterima oleh SPR dan saya sebagai Ketua Menteri dijemput untuk menghadiri sesi pendengaran yang akan diadakan pada 18 Nov ini," katanya. 

Lim berkata beliau akan menghadiri sesi pendengaran ini dan meneliti prosesnya dengan penasihat undang-undang negeri sebelum mengambil tindakan untuk membawa perkara itu ke mahkamah.

"Kami masih tidak faham mengapa begitu banyak bantahan ditolak dan kami hanya akan membuat tindakan lanjut selepas menghadiri sesi pendengaran itu,"katanya. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Lim Guan Eng

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan