12 Rumah Di Port Dickson Dinaiki Air

Diterbitkan: Khamis, 3 November 2016 11:45 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Sebanyak 12 buah rumah di Taman Negeri Baru, Port Dickson dinaiki air sedalam 0.17 meter akibat banjir kilat yang berlaku di kawasan itu awal pagi Khamis.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson berkata banjir kilat itu berlaku akibat daripada hujan lebat malam Rabu menyebabkan air dari saluran perparitan melimpah keluar.

"Kawasan itu setakat ini tiada apa yang membimbangkan dan pihak kami akan terus memantau...penduduk di kawasan itu dinasihatkan supaya tidak menghampiri kawasan perparitan," katanya.

Sebanyak 12 buah keluarga terjejas dan setakat ini tiada pemindahan dibuat dan keadaan masih terkawal, katanya. - BERNAMA


Tags / Kata Kunci: banjir , Port Dickson

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan