Kenaikan Kadar Tol Empat Lebuh Raya Belum Diputuskan - PSKLM

Diterbitkan: Rabu, 2 November 2016 1:16 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kenaikan kadar tol membabitkan empat lebuh raya yang berhak menerima kenaikan itu pada tahun depan masih belum diputuskan, kata Timbalan Yang Dipertua Persatuan Syarikat-Syarikat Konsesi Lebuhraya Raya Malaysia (PSKLM), Sazally Saidi.

Beliau berkata, perbincangan berhubung perkara itu masih berjalan melibatkan empat syarikat konsesi lebuh raya berkenaan.

"Setakat ini, masih belum ada keputusan sebenarnya... sama ada dari segi kenaikan, bila dan kadar itu.

"Kita akan terus berbincang dengan pihak kerajaan untuk mendapatkan satu situasi menang-menang di antara syarikat konsesi, kerajaan dan para pengguna lebuh raya," katanya kepada pemberita selepas sidang media PSKLM di Ibu Pejabat Kompleks Operasi Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd (Litrak) di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof pada Selasa mengenai hanya empat lebuh raya berhak menerima kenaikan tol pada tahun depan berdasarkan perjanjian konsesi lebuh raya yang masih berkuat kuasa.

Sazally yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Litrak berkata, pihaknya perlu merujuk dengan empat syarikat konsesi mengenai perbincangan kenaikan tol.

"Perbincangan itu lebih menjurus kepada mereka yang terlibat dan pihak kerajaan. Perbincangan kita (PSKLM) bergantung kepada apa yang diputuskan, baru kita dapat buat perancangan.

"Di pihak persatuan, kita cuma akan mengkoordinasi, implementasi dan hebahan," katanya.

Pada Selasa, Fadillah berkata, empat lebuh raya yang berhak menerima kenaikan tol pada tahun depan ialah Lebuhraya Penyuraian Trafik Johor Timur (EDL), Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas), Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) dan Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE).

"Anggaran jumlah pampasan tol tahun 2017 bagi empat lebuh raya tersebut ialah RM59.77 juta," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) di Dewan Rakyat pada Selasa.

Guan Eng ingin tahu hasil perbincangan dengan syarikat konsesi lebuh raya yang akan menaikkan tol tahun depan dan jumlah pampasan yang perlu dibayar kerajaan sekiranya tol tidak dinaikkan.

Terdahulu pada sidang media, Rabu, Sazally mengumumkan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan Lebuhraya Senai Desaru (SDE) akan melaksanakan sistem kutipan tol secara elektronik (ETC) mulai 9 November ini.

Tags / Kata Kunci: Tol , GCE , SDE , EDL , Lekas , PSKLM

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan