MH370: Pesawat Tidak Dikawal Ketika Terhempas - Berita Semasa | mStar

MH370: Pesawat Tidak Dikawal Ketika Terhempas

Diterbitkan: Rabu, 2 November 2016 2:03 PM

(Ubah saiz teks)

SYDNEY: Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014, dipercayai menjunam ke dalam laut tanpa dikawal selepas berhubung kali terakhir dengan satelit.

Laporan terbaharu yang didedahkan oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) pada Rabu menjelaskan tentang situasi terakhir pesawat itu sebelum hilang kira-kira dua tahun lalu.

"Maklumat analisis tambahan komunikasi terakhir antara pesawat dan satelit sangat konsisten dengan menunjukkan pesawat itu pada kedudukan tinggi dan menjunam dengan pantas.

"Selain itu, analisis daripada flaperon mendapati bahagian sayap pesawat itu tidak digunakan bagi tujuan pendaratan cemas," jelas ATSB.

Berdasarkan simulasi penerbangan yang dibuat oleh ATSB, pesawat MH370 berpusing pada saat-saat akhir dan menjunam dengan kelajuan 25,000 kaki per minit.

Pakar penerbangan daripada Airlineratings.com, Geoffrey Thomas memberitahu CNN, laporan ATSB itu menyangkal teori yang mendakwa juruterbang mengemudi pesawat tersebut dan melakukan pendaratan cemas di laut.

"Perkara penting dalam laporan itu adalah bahagian sayap yang ditemukan di Tanzania, tidak digunakan semasa mendarat, sekali gus menunjukkan tiada siapa mengawal pesawat tersebut.

"Pesawat MH370 berada dalam luar kawalan, kehabisan minyak dan terhempas ke dalam laut pada kelajuan tinggi," katanya.

Tags / Kata Kunci: MH370 , ATSB
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan