Kebanyakan Mangsa Penderaan Seksual Tidak Buat Laporan Polis

Diterbitkan: Rabu, 2 November 2016 7:14 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Malu atau ingin menjaga nama dipercayai antara punca sebahagian besar mangsa penderaan seksual tidak membuat laporan polis, khususnya melibatkan kanak-kanak apabila kes itu berlaku di kalangan keluarga sendiri.
 
Pegawai Bahagian Siasatan Seksual, Wanita Dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Deputi Superintendan (DSP) Tan Gee Soon, berkata selain melibatkan kanak-kanak,  kebanyakan golongan dewasa juga enggan membuat laporan polis apabila kejadian sama menimpa mereka.
 
“Kebanyakan kes yang terjadi kepada wanita serta liwat bagi lelaki jarang dilaporkan. Tambahan pula, peratus bagi lelaki adalah lebih rendah berbanding wanita kerana mereka rasa malu untuk melaporkan kejadian tersebut.
 
“Sejak 10 tahun lalu , sebanyak  90 peratus  daripadanya berlaku di antara orang yang dikenali manakala  dalam 10 peratus lagi berlaku dalam keluarga sendiri.
 

"Melainkan jika ia dilakukan oleh orang yang tidak dikenali, maka laporan akan dilakukan. Jikalau terdapat kes yang berkaitan dengan cikgu mahupun antara ahli keluarga, mereka tidak akan laporkan kerana mempunyai status dalam komuniti ini," katanya.

 
Beliau berkata demikian ketika berucap pada  forum kesedaran pedofilia  di sini, Rabu.
 
Selain itu, Penganalisis Jenayah, Kamal Affendi berkata, terdapat pelbagai cara bagi untuk membantu mangsa serta ibu bapa menghadapi kehidupan seharian dan pulih daripada kesan penderaan tersebut.

“Pada tahun 1998, Ketua Jabatan Trauma Hospital Kuala Lumpur, Datuk Seri Abu Hassan Assari Abdullah mengasaskan  One Stop Crisis Centre (OSCC), dalam membantu mangsa-mangsa jenayah di Malaysia termasuk penderaan seksual dan sebagainya.

“Selain itu, bagi ibu bapa mangsa sekarang ini hanya terdapat satu sistem sokongan iaitu melalui talian NUR 15999. Ini kerana masyarakat kita tidak menetapkan budaya berjumpa kaunselor mahupun ahli psikologi,” jelasnya.
 
Turut serta dalam forum ini adalah Sekreteriat Mothers Againts Pornorgraphy, Ikram, Raihan Ishak, Ketua Jabatan Pelaksanaan Jangkauan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, K. Jussly Elis dan peguam, Farida Mohammad.
Tags / Kata Kunci: pedofilia , Tan Gee Soon , penderaan seksual

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan