Malaysia-Thailand Negara Pertama Uji Draf Modul Latihan IAEA

Diterbitkan: Rabu, 2 November 2016 1:45 PM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Malaysia dan Thailand melakar sejarah apabila menjadi dua negara pertama di dunia menguji draf modul eksesais bersama di lapangan (Joint Field Exercise) yang dirangka oleh pasukan pakar daripada Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

Modul itu dinamakan sebagai dokumen Panduan Teknikal Siri Keselamatan Nuklear, 'Preparation, Conduct and Evaluation of Excercise for Detection of and Response to Acts involving Nuclear and Other Radioactive Material out of Regulatory Control' (NST050).

Dalam kenyataan bersama oleh pihak berkuasa Malaysia dan Thailand pada Rabu, mereka berkata ini merupakan kali pertama draf modul itu diuji selepas ia dikaji semula beberapa kali untuk menjamin keseluruhan dan keutuhan mekanisme itu di lapangan.

"...untuk menambah baik prosedur operasi standard (SOP) sedia ada bagi tindak balas terhadap kejadian melibatkan bahan nuklear khas atau radiologi di luar kawalan peraturan menerusi penyeludupan atau mengangkut bahan berkenaan secara haram merentas sempadan untuk tujuan menyalahi undang-undang," kata kenyataan itu.

Kedua-dua negara termasuk 50 anggota delegasi dari Malaysia dan 26 dari Thailand menyertai latihan Joint Table Top Cross Border Nuclear Security Exercise di Alor Setar, Kedah dan Sadao, Thailand dari 31 Oktober lalu hingga 4 November ini.

Antara agensi yang mengambil bahagian dari Malaysia ialah Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Immigresen, Angkatan Tentera Malaysia dan Jabatan Perdana Menteri manakala dari Thailand pula Kastam Diraja Thai, Pejabat Atom untuk Keamanan (OAP), Kerajaan Wilayah Songkhla dan Polis Diraja Thai.

Sementara itu, dalam ucapan perasmian hari ini, Ketua Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) Malaysia, Hamrah Mohd Ali berkata tujuan utama eksesais ini adalah untuk menilai keberkesanan seni bina pengesanan keselamatan nuklear negara di kedua-dua negara.

"Program ini bukan bertujuan untuk menunjukkan apa keupayaan yang kita ada tetapi bermatlamat untuk meningkatkan persefahaman antara dua negara apabila berurusan dengan pergerakan bahan di luar kawalan peraturan yang tidak dibenarkan.

"Hasrat ini datang dengan harapan bahawa tanah sempadan yang kita kongsi ini adalah selamat dan terjamin daripada sebarang ancaman kepada bahan nuklear dan radioaktif," katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Ketua Setiausaha OAP Mt Kittisak Chinudomsub dan Penolong Ketua Pejabat Penyelerasan Sempadan Malaysia-Thailand Kol Nazeri Ismail.

Malaysia, katanya telah memulakan usaha untuk melindungi pintu masuk negara daripada sebarang ancaman itu menerusi pemasangan alat pemantau radiasi (RPM) di pintu masuk sempadan di darat dan udara sejak 2005.

Menerusi kerjasama antara Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan United States Megaports Initiative, Hamrah berkata dua pelabuhan utama di Malaysia turut dilengkapi dengan RPM bermula pada 2009.

"Kami juga ingin berterima kasih kepada IAEA kerana memberikan bantuan pemasangan empat unit RPM pada 2011, masing-masing satu di Padang Besar, Perlis dan Durian Burung, Kedah serta dua unit di Pintu Kargo Pukal, Pelabuhan Barat, Klang," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Malaysia , Thailand , IAEA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan