Malaysia Minta China Beri Tambahan Laluan, Ubah Jadual Penerbangan

Diterbitkan: Rabu, 2 November 2016 10:21 PM

Datuk Seri Liow Tiong Lai. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Malaysia meminta China memberi pertimbangan untuk menambah laluan dan mengubah jadual bagi syarikat penerbangan Malaysia ke negara tersebut.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, syarikat penerbangan AirAsia telah membuat permohonan kepada kerajaan China untuk menambah laluan ke bandar raya tahap dua negara itu, iaitu Nanjing dan Wuxi sejak tahun lepas dan hingga kini tiada sebarang maklum balas mengenainya.

"Ketika ini, AirAsia dibenarkan terbang ke 19 destinasi dengan 52 laluan dengan kebanyakan destinasinya ke bandar raya tahap dua," katanya kepada pemberita Malaysia selepas membuat kunjungan hormat ke atas Menteri Pengangkutan China, Li Xiao Peng di sini, Rabu.

Liow berada di sini bagi mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam lawatan rasmi selama enam hari ke China sejak Isnin.

Beliau berkata, pihaknya juga memohon kerajaan China membuka "Penerbangan Kebebasan Kelima" untuk penerbangan Malaysia, terutama kepada penerbangan Maskargo dari Kuala Lumpur ke Zhengzhou untuk meneruskan penerbangan ke New Delhi, India bagi meningkat produktiviti serta merapatkan lagi kerjasama antara kedua-dua negara.

Beliau berkata, pada masa ini penerbangan Maskargo ke Zhengzhou perlu kembali ke Kuala Lumpur sebelum meneruskan penerbangan ke New Delhi.

Penerbangan Kebebasan Kelima ialah hak untuk membawa penumpang dari negara sendiri ke negara kedua, dan dari negara berkenaan ke negara ketiga.

Liow berkata pihaknya juga meminta kerajaan China membenarkan syarikat penerbangan Southern Airline negara itu terbang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka setiap hari berbanding penerbangan sewa khas hanya sekali dalam lima hari ketika ini.

Selain itu, katanya, China juga diminta mempertimbangkan rayuan Malaysia untuk mengubah jadual penerbangan ke waktu yang lebih sesuai, iaitu pada waktu siang berbanding lewat malam sekarang ini bagi memberi kemudahan kepada penumpang.

Beliau yakin permintaan Malaysia mendapat respons positif dari China dan berharap Jabatan Penerbangan Awam untuk menyelesaikan isu ini secepat mungkin.

Beliau turut berterima kasih kepada rakan sejawatnya Li yang prihatin mengenai isu yang belum diselesaikan ini.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Kolumnis

iklan

Iklan