MAHB Terbuka Bincang Dengan Syarikat Penerbangan Mengenai Pertukaran Terminal

Diterbitkan: Rabu, 2 November 2016 10:46 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) terbuka untuk berbincang dengan mana-mana syarikat penerbangan mengenai keperluan mereka untuk menukar terminal.

Dalam satu kenyataan, MAHB berkata syarikat penerbangan boleh menggunakan sama ada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) atau klia2, memandangkan kedua-dua terminal tersebut merupakan sebahagian daripada sistem rangkaian lapangan terbang yang sama.

"Kami mengambil maklum laporan media yang menyebut bahawa AirAsia merancang memindahkan operasi ke KLIA. Begitu juga kami mengambil maklum minat Malaysia Airlines (MAB) untuk beroperasi di klia2," katanya.

MAHB berkata KLIA dan klia2 sebenarnya satu lapangan terbang, dan mana-mana syarikat penerbangan boleh menggunakan mana-mana terminal yang sesuai dengan model perniagaan dan kecekapan operasi masing-masing.

Operator lapangan terbang itu berkata klia2, terminal yang lebih baharu, mempunyai kelebihannya tersendiri seperti akses khusus ke Landasan 3 untuk mendarat dan berlepas, yang telah mengurangkan masa menunggu, pintu yang banyak untuk pesawat, yang menyumbang kepada kecekapan operasi selain memudahkan, serta masa untuk berlepas yang lebih pendek yang menjimatkan bahan api.

"Kami terbuka untuk berbincang mengenai keperluan mana-mana syarikat penerbangan untuk menukar terminal jika memberi manfaat kepada mereka, dan keperluan itu boleh dipenuhi berasaskan ketersediaan kapasiti di terminal.

"Itulah yang berlaku apabila Malindo berpindah ke KLIA bagi memenuhi model perniagaan dan menjalin usaha sama dan perkongsian kod dengan syarikat-syarikat penerbangan Timur Tengah," katanya.

Tags / Kata Kunci: MAHB , tukar terminal , KLIA , KLIA2

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan