Kerajaan Kerugian Lebih RM10 Juta Akibat Penyelewengan

Diterbitkan: Rabu, 2 November 2016 12:40 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengalami kerugian kira-kira  RM10.5 juta akibat kes penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi sehingga Ogos tahun ini, Dewan Rakyat diberitahu pada Rabu.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Henry Sum Agong berkata ia berdasarkan nilai rampasan kes-kes melibatkan penyelewengan LPG di seluruh negara.

Katanya KPDNKK dengan kerjasama Pasukan Penguatkuasaan Pemulihan Hasil Negara (NRRET) dan pelbagai agensi kerajaan lain telah melaksanakan 'Ops Gasak' bagi membanteras penyelewengan LPG bersubsidi itu.

"Sehingga 31 Ogos lepas, sebanyak 198 percubaan menyeleweng LPG bersubsidi berjaya dipatahkan dengan nilai rampasan yang dianggarkan berjumlah RM5.763 juta," katanya menjawab soalan Izani Husin (PAS-Pengkalan Chepa) pada sesi jawab lisan persidangan Dewan Rakyat di sini.

Izani ingin tahu mengenai jumlah kerugian yang dialami kerajaan akibat kes penyelewengan LPG bersubsidi dan hasil kerjasama operasi KPNDKK dengan NRRET.

Menjawab soalan tambahan daripada Datuk Normala Abdul Samad (BN-Pasir Gudang) mengenai penguatkuasaan mengawal kenaikan harga minyak masak, Henry berkata KPDNKK sentiasa bekerjasama dengan Friends Of KPDNKK dalam menyalurkan maklumat berhubung kenaikan produk itu.

"Orang awam antaranya ketua kampung dan penghulu perlu menyalurkan maklumat sekiranya mereka mengesan ada peniaga yang melanggar undang-undang dengan menaikkan harga barang khususnya minyak masak," katanya.

Tags / Kata Kunci: Gas LPG , Dewan Rakyat

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan