Kapal LMS Dibeli Dari China Akan Dibina Bersama - Hishammuddin

Diterbitkan: Rabu, 2 November 2016 7:58 PM

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Empat buah Kapal Littoral Mission (LMS) yang dibeli dari China, akan dibina bersama Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd dan China Shipbuilding  and  Offshore International Co Ltd.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pembinaan kapal yang dibeli sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke negara itu bermula Isnin lalu akan dipantau kementeriannya dan Pentadbiran Negara bagi Sains, Teknologi dan Industri untuk Pertahanan Nasional China.

"Perdana Menteri Najib Razak semalam mengumumkan pembelian empat buah LMS sempena lawatan rasmi beliau ke China. Pembelian kapal-kapal ini merupakan sejarah penting buat negara memandangkan ini merupakan kali pertama Malaysia membeli aset pertahanan dari China.

"LMS pertama akan siap sepenuhnya dan sedia untuk digunakan dalam tempoh 24 bulan selepas kontrak ditandatangani dan kos pembeliannya ditanggung sepenuhnya oleh TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia) menerusi peruntukan Program Transformasi 15-5," kata Hishammuddin dalam kenyataan di Facebooknya Rabu.

Jelas beliau, Program Transformasi 15-5 merupakan sebahagian daripada beberapa inisiatif yang telah dirancang untuk mencapai kecekapan penjimatan iaitu TLDM akan menggantikan kapal-kapal lama yang memerlukan kos operasi dan selenggaraan tinggi dengan kapal-kapal baharu lebih canggih serta kos operasi dan selenggaraan lebih rendah.

Melalui Transformasi ini juga, pengelasan kapal TLDM diturunkan daripada 15 kelas kepada lima kelas, katanya.

"Saya percaya inisiatif ini merupakan langkah yang kreatif, transformatif dan kos efektif untuk meningkatkan kualiti aset-aset pertahanan dalam memastikan keselamatan dan pertahanan negara sentiasa terpelihara.

"Malah, penggunaan LMS juga berupaya memenuhi keperluan semasa TLDM berdasarkan konsep fit for purpose memandangkan kapal-kapal ini direka khas menjalankan misi-misi yang mencabar serta memenuhi standard piawaian antarabangsa," jelasnya.

Hishammuddin, yang turut menyertai lawatan rasmi perdana menteri itu, berkata dua daripada empat LMS itu akan dibina di Malaysia dan dua lagi di China.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan