Jurutera Australia Dedah Rahsia Sesat Di Mulu

Diterbitkan: Rabu, 2 November 2016 8:34 PM

Jurutera Australia Andrew James Gaskell, 25, yang hilang di Taman Negara Mulu selama 12 hari dijumpai selamat oleh pasukan mencari dan menyelamat team SAR 4 dianggotai Bomba, Polis dan Mulu Management di Hidden Valley kira-kira 1 tengah hari Selasa.
 -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

MIRI: Jurutera warga Australia yang hilang selama 12 hari di Taman Negara Mulu mengaku tersesat jalan di hutan tebal taman itu kerana kesilapan sendiri.

Melalui coretan dalam laman Facebooknya atas nama Andrew Gaskell, jurutera itu mengaku beliau tidak mendapatkan kebenaran untuk melalui laluan berkenaan, yang didaftarkan bagi perjalanan menggunakan khidmat jurupandu arah di Gunung Mulu atau menggunakan khidmat jurupandu arah untuk perjalanannya.

"Kalaulah saya mematuhi peraturan taman ini, tentu saya dapat mengelak sepenuhnya kejadian ini," katanya.

Sambil menzahirkan rasa kesalnya, jurutera itu "memohon berbanyak kemaafan atas semua kesusahan dan masalah" yang telah ditimbulkannya.

"Pada masa akan datang, saya akan sentiasa mengikut peraturan taman dan saya berharap orang lain juga mengambil pengajaran daripada pengalaman saya ini serta mengikut peraturan taman," katanya.

Warga Australia itu menyampaikan penghargaan dan ucapan terima kasihnya kepada pasukan mencari dan menyelamat tempatan yang terdiri daripada anggota dari balai polis Marudi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Marudi, Taman Negara Mulu dan masyarakat tempatan di Mulu.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Hal Ehwal Luar Australia, Konsul Kehormat Australia Kuching, Unit Orang Hilang Australia dan media kerana bantuan yang dihulurkan kepadanya.

"Saya benar-benar kesal kerana menyebabkan semua kesusahan itu dan sekarang saya perlu berehat," katanya.

Gaskell ditemukan pada 12.30 tengah hari Selasa setelah misi mencari dan menyelamat besar-besaran dililancarkan sejak dia dilaporkan hilang pada 20 Okt.

Beliau dijumpai di Hidden Valley, kira-kira lima kilometer dari Lapangan Terbang Mulu dan dibawa naik ke helikopter jabatan itu sebelum dihantar ke lapangan terbang berkenaan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan