Rakyat Malaysia Dinasihati Elak Berkunjung Ke Jakarta Jumaat Ini

Diterbitkan: Rabu, 2 November 2016 7:55 PM

Jakarta
(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Rakyat Malaysia dinasihatkan agar tidak memasuki Jakarta pada Jumaat ini bagi mengelakkan mereka terperangkap dalam demonstrasi rakyat Indonesia yang dijadual berlangsung di sekitar ibu kota itu.

Duta Malaysia di Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim memberitahu Bernama di sini, kedutaan sedang memantau perkembangan semasa mengenai demonstrasi berkenaan dari semasa ke semasa.

Katanya, bagi rakyat Malaysia yang berada di Jakarta pula, mereka dinasihati menjaga diri dan keselamatan keluarga masing-masing dengan mengelak daripada berada di ibu kota itu terutama di sekitar Monumen Nasional (Monas), Masjid Istiqal, Balaikota, Tangerang dan Bekasi.

Beliau berkata rakyat Malaysia yang masih perlu ke Jakarta dinasihati supaya mendaftar dengan kedutaan menerusi perkhidmatan dalam talian e-konsular di laman web www.kln.gov.my.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular pula diminta menghubungi Kedutaan Besar Malaysia +62 215224947 atau +62 81380813036 pada waktu pejabat.

"Kaunter Imigresen di kedutaan juga ditutup pada Jumaat ini dan kita minta semua rakyat Malaysia yang berada di Jakarta supaya tidak mengunjungi kawasan berlakunya demonstrasi," katanya.

Pihak berkuasa Indonesia menjangka lebih 100,000 rakyat Indonesia menyertai demonstrasi secara besar-besaran di Jakarta bagi mendesak Gabenur Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok dikenakan tindakan undang-undang kerana mempertikaikan ayat al-Quran dalam surah Al Maidah.

Ahok dalam kempennya di Pulau Seribu pada bulan lepas dipetik sebagai mempertikaikan ayat al-Quran yang meminta umat Islam supaya tidak memilih orang bukan Islam menjadi pemimpin mereka.

Beliau yang akan mempertahankan jawatannya pada Pilihan Raya Februari 2017 bagaimanapun telah membuat permohonan maaf secara terbuka kerana telah menyinggung perasaan umat Islam.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan