Himpunan 19 Nov Tak Dibenarkan Di Dataran Merdeka

Diterbitkan: Rabu, 2 November 2016 4:00 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyokong Bersih dan Kumpulan Baju Merah tidak dibenarkan berkumpul di Dataran Merdeka pada 19 November ini, kata Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mohd Amin Nordin Abdul Aziz.

Beliau berkata permohonan Bersih 2.0 dan Ketua Kumpulan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos untuk mengadakan perhimpunan pada 19 November ini tidak akan diluluskan.

Mengenai alasan penolakan itu, Mohd Amin memberitahu The Star 'sebabnya sama' seperti beberapa perhimpunan Bersih sebelum ini.

Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah pada Khamis mengumumkan perhimpunan Bersih 5 akan diadakan di Dataran Merdeka.

Badan bukan kerajaan (NGO) itu kemudiannya menyerahkan notis 10 hari menjelang perhimpunan itu sebagaimana yang dikehendaki di bawah Akta Perhimpunan Awam kepada pihak polis.

Menurut NGO itu pada Selasa lalu, notis sudah dihantar kepada balai polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur, Brickfields dan Dang Wangi.


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan