Rafizi Pertikai Mengapa Anak Tiri PM Sertai Lawatan Ke China

Diterbitkan: Selasa, 1 November 2016 4:32 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen PKR, Rafizi Ramli mempertikaikan kehadiran Riza Aziz, anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama delegasi kerajaan ke China.

Semasa pembentangan Bajet 2017 di Dewan Rakyat pada Selasa, Rafizi (PKR-Pandan) berkata Riza tidak sepatutnya diberi layanan istimewa seperti itu.

"Bukan sahaja kita perlu menanggung kos jet yang mahal tapi kini beliau (Najib) membawa bersama anak tirinya. Riza tidak perlu layanan istimewa menggunakan dana rakyat," katanya kepada Dewan Rakyat.

Paparan skrin seorang lelaki menyerupai Riza menjadi viral di laman media sosial apabila Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor menuruni jet rasmi kerajaan semasa lawatan ke China pada Isnin.
Tags / Kata Kunci: Riza Aziz , Najib Tun Razak , Rosmah Mansor

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan