Laporan Lengkap Tren Tergelincir Selepas 14 Hari

Diterbitkan: Selasa, 1 November 2016 12:50 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Laporan lengkap insiden tren kargo tergelincir di Km200.332 di Kampung Bakap berhampiran Stesen Keretapi Batu Gajah, Perak Jumaat lepas akan diketahui dalam tempoh 14 hari, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi.

Beliau berkata Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyiasat punca kejadian sama ada kerana kecuaian manusia atau kelemahan teknikal.

"Kejadian kereta api tergelincir ini jarang berlaku. Dalam kejadian di Batu Gajah ini, ia (tren kargo) mengikut SOP (Prosedur Operasi Standard) kerana hendak masuk ke tempat penyelenggaraan.

"Dalam konteks ini, saya yakin selepas 14 hari (daripada tarikh kejadian) akan terungkai segalanya," katanya pada sesi waktu pertanyaan menteri (MQT) dalam persidangan Dewan Rakyat Selasa.

Beliau menjawab soalan V. Sivakumar (DAP-Batu Gajah) yang bertanya mengenai punca dan tindakan diambil pihak bertanggungjawab susulan kejadian yang menjejaskan kira-kira 12,000 penumpang Perkhidmatan Keretapi Elektrik (ETS).

"Pada masa sama, KTMB sedang giat menjalankan kerja-kerja pembaikan landasan dan mengalih gerabak tergelincir yang menghalang laluan kedua-dua arah utara-selatan.

"Lanjutan itu, kerja-kerja pembaikan dilakukan dengan satu landasan dibuka untuk operasi tren pada 3 petang 30 Okt lepas manakala satu lagi landasan akan siap dibaiki dalam masa tujuh hari," katanya.

Ab Aziz berkata KTMB telah mengambil langkah untuk mempertingkatkan lagi kerja penyelenggaraan dan pemeriksaan infrastruktur, sistem dan stok operasi kereta api bagi memastikan keselamatan tren pada tahap terbaik, sekali gus mengelak kejadian berulang pada masa depan.

Pada kejadian 3.15 pagi Jumaat lalu, tren kargo yang dalam perjalanan dari Kuang, Selangor menghala ke Tasek di Perak untuk mengambil muatan simen, tergelincir di Km200.332 antara Kota Bharu-Lahat di sini.

Dalam insiden itu, dua lokomotif dan 25 gerabak kosong tergelincir dan menghalang kedua-dua landasan.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan